Penulisan Dari hati kak Tim.
Assalammualaikum salam kesyukuran , bertemu kembali diruangan penulisan Dari hati kak Tim ..
Perkongsian kali ini kak Tim akan kongsikan tentang keperluan pemakanan sihat wanita mengandung.
Mengandung atau kehamilan adalah fasa yang indah dan dinantikan oleh wanita bagi melengkapkan institusi kekeluargaan.
sepanjang kehamilan penting bagi memastikan sepanjang fasa itu, ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi sehingga saat kelahiran.
Pemilihan makanan sihat bagus untuk mengekalkan tahap kesihatan ibu serta pembesaran bayi dalam kandungan.
Pemakanan sihat wanita mengandung
Menurut pakar pemakanan , wanita mengandung harus memberi tumpuan pada fasa pertama kehamilan ( trimester pertama)
Pada fasa ini pembentukan sel dan perkembangan organ bayi berlaku dengan sangat cepat.
Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi.
Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat.

1. Daging tanpa lemak
Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi.
Seeloknya, cari daging tanpa lemak, tetapi elakkan makan daging diproses seperti burger atau sosej kerana ia kurang segar dan cenderung kehilangan nutrisi yang baik.
daging yang diproses berisiko kecil untuk ia menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.
2. Kekacang dan bijian
Mengantuk ketika hamil perkara yang sering berlaku.
Sekiranya sedang bekerja elakkan mengambil kudapan yang tidak berkhasiat sebaliknya bertukarlah kepada kekacang dan bijian seperti kuaci, badam, pistachio dan walnut.
Sebaiknya , cari kekacang daripada sumber asli yang tidak bergaram dan berperisa.
Semua jenis makanan ini mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan lebih cekap seperti folat, kalsium, serat, dan besi.
Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stres ketika hamil.
3. Ikan Salmon
Makanan untuk wanita mengandung seperti ikan salmon sangat kaya dengan Asid lemak baik Omega – 3 .
Asid lemak Omega 3 bagus untuk meningkatkan fungsi otak dan juga kesihatan mata bayi.
Akan tetapi tidak digalakkan mengambilnya terlalu kerap ini kerana sumber lautan berisiko mempunyai pencemaran merkuri dan juga bahan pencemar lain yang terdapat dalam ikan berlemak seperti ikan salmon.
Jika suka makan ikan sebaiknya pilih ikan yang bersaiz kecil .
4. Sayuran berdaun hijau
Manfaat sayuran untuk wanita mengandung memang tidak dapat dinafikan terutama sayuran berwarna hijau tua.
Bayam terutama sarat vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C dan K serta folat yang sangat penting untuk tubuh.
Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan agar semua toksin dapat disingkirkan daripada badan.
5. Buah aneka warna
Tahukah anda, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih.
Ini bagi memastikan bayi mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh.
Antara buah yang patut dijadikan pilihan ketika mengandung adalah buah beri .

Walaupun buah beri boleh dikategorikan sebagai jenis buah yang mahal harganya, namun sesuailah dengan manfaat yang dimilikinya.
Buah beri merupakan antara makanan untuk ibu mengandung yang sangat berkhasiat dan penuh zat.
Buah beri mengandungi kandungan air, karbohidrat sihat, vitamin C, serat dan juga antioksidan.
kandungan antioksidan yang terdapat pada buah beri membantu tubuh menyerap zat besi.
Selain itu, vitamin C yang terdapat dalam buah beri juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit selain untuk fungsi imun tubuh.
Buah beri mempunyai nilai glasemik yang rendah dan tidak menyebabkan peningkatan kadar gula darah.
Selain kaya dengan nutrisi dan juga rasa yang enak, ia juga amat rendah kalori.
Terdapat pelbagai jenis buah beri Yang boleh dijadikan pilihan ibu mengandung:-
- Blueberry
- Raspberry
- Blackberry
- Cranberry
- Mulberry
- Acaiberry
6. Kurma
Kurma salah satu makanan sunnah yang terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada wanita mengandung.
Sebab itulah ia menjadi makanan pelengkap yang cukup popular pada ketika puasa.
Di samping itu, ia berfungsi membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawat sembelit.
Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung.
khasiat buah kurma :-
- sumber serat yang melancarkan pencernaan kurang risiko sembelit buat wanita mengandung.
- Mengawal paras gula dalam darah , kurma manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh .Fruktosa adalah manis semulajadi pada buah kurma.
- kaya antioksidan , yang boleh meningkatkan pertahanan badan dari pelbagai serangan penyakit berjangkit .
- Bagus untuk kesihatan otak bagus juga untuk perkembangan otak bayi.
- bagus untuk kesihatan tulang ibu dan bayi , kurma tinggi kandungan kalsium, wanita mengandung mudah dapat kekejangan otot dengan kandungan kalsium yang mencukupi kurang risiko mendapat kekejangan otot.
7. Susu dan makanan berkalsium tinggi
Semasa mengandung , ibu – ibu perlu mengambil jumlah protein tambahan dan juga kalsium untuk memenuhi keperluan janin yang sedang berkembang.
Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu mengandung kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi .
Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa.
Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia (kekurangan darah).
Bagi yang alah dengan susu mereka boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan dadih.
Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu.
8. Air kosong
Walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh.
Malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering berlaku ketika hamil.
Selama kehamilan sangat disarankan untuk ibu -ibu minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.
9. Ubi Keledek
Ubi keledek adalah sejenis makanan yang kaya dengan kandungan Beta karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam tubuh.
Vitamin A amat diperlukan untuk tumbesaran janin yang sihat.
Wanita hamil disarankan untuk meningkatkan pengambilan vitamin A sebanyak 10 hingga 40 peratus dalam pemakanan harian mereka.
Ubi keledek adalah sumber terbaik bagi beta karotena kerana sebanyak 100 – 150 gram ubi keledek yang telah dimasak mampu memenuhi keperluan harian ibu mengandung.
Keperluan Pemakanan Wanita Alahan mengandung

Namun begitu bukan semua ibu mampu menjalani gaya hidup aktif ketika mengandung.
Ada yang mengalami alahan teruk sehingga memerlukan masa untuk menjamah makanan.
Bagi wanita mengandung Yang mempunyai alahan Yang teruk disarankan makan sedikit tapi kerap
Elakkan makanan pedas Dan berminyak Yang boleh menyebabkan mudah merasa loyal Dan muntah
Minuman berkafein juga tidak bagus untuk wanita mengandung.
Sebaiknya perbanyakkan minum air kosong sekiranya nak ada perisa boleh cuba minum air madu lemon.
keperluan Pemakanan Wanita mengandung trimester kedua.
Memasuki trimester kedua adalah fasa yang paling menyeronokkan.
Ini kerana bagi yang mempunyai alahan, menjelang minggu ke-13, semua alahan ini hilang sendiri.
Ibu mula berselera makan dan makan apa sahaja tanpa memikirkan pertambahan berat badan mereka.
“Jangan terlalu mengikut nafsu sebaliknya pilih makanan kaya protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk otak.
Pertambahan kalori pada fasa ini hanyalah 200 kalori sahaja bersamaan dengan segelas susu atau enam biji badam,” katanya.
Ibu juga harus mengelak mengambil makanan berkalori tinggi, berlemak, banyak gula dan garam.
Makanan segera dan snek ringan yang tidak bernutrisi seharusnya dielakkan.
Jika terasa ingin mengunyah, cari kekacang perisa asli, tidak bersalut coklat atau garam yang tinggi.
Begitu juga pengambilan makanan atau minuman yang boleh memudaratkan diri dan bayi seperti minuman beralkohol atau merokok seharusnya dihentikan.
Ini kerana ia mungkin boleh mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan Dan memudaratkan kesihatan ibu .

Kesimpulannya pemilihan makanan Yang sihat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan ibu Dan bayi dalam kandungan bermula dari trimester pertama hingga la fasa kelahiran .
Moga dengan perkongsian kak Tim Kali ini membantu wanita-wanita diluarsana memilih Pemakanan Yang betul semasa mengandung.
#ShakleeMegaBlog2023
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Leave a Reply