Wanita amat terkenal dengan sifat dan jiwa Yang lembut Dan mudah rapuh apabila disakiti.
Doa Adalah senjata bagi seorang wanita terutama bagi seorang wanita yang bergelar Ibu
Ketika sudah lelah beriktiar, doa – doa Yang dipanjatkan dapat menjadi ubat sekaligus jalan keluar.
Bagi seorang wanita muslimah yang taat dan merelakan hidupnya hanya untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Doa adalah kunci pembuka kejayaan, baik dunia mahupun akhirat.
Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya juga tidak pernah berhenti berdoa setiap hari dan berzikir.
Keutamaan berdoa:-
Doa adalah ibadah
Doa adalah senjata orang yang beriman
Doa boleh mengubah takdir
Doa boleh menghindari bala
Allah sentiasa bersama dengan orang yang berdoa
“Dan tuhanku berfirman , berdoalah kepadaKu nescaya aku akan kabulkan doa kalian , sesungguhnya orang -orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah kepadaKu,akan dimasukkan kedalam neraka jahanam dalam keadaan hina.” (surah Ghafir , ayat 60)
1.Doa untuk keluarga aman dan bahagia
Doakan kami kekal bahagia dunia akhirat.
Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika suami isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina .
Kelahiran anak -anak adalah cahaya mata yang menyinari rumahtangga.
Doa seorang wanita yang bergelar ibu sangat mustajab.
Seorang wanita dan ibu yang terlalu sayangkan pasangan dan anak – anak nya akan sentiasa mendoakan kebahagian mereka seisi keluarga.
Doa yang boleh diamalkan oleh para ibu setiap pagi dan setiap hari.
Ya bari , ya waliy , ya wakil
“Wahai tuhan , yang maha merancang , mentadbir, mengatur , menyusun segala sesuatu diatas muka bumi ini , aku serahkan segala urusan diriku,suamiku,anak- anakku ( sebut nama anak-anak)kepadaMu untuk Engkau atur, rancang , tadbir dan susun sebaik mungkin kerana Engkaulah sebaik – sebaik pengatur“.
2. Doa keselamatan dan kesihatan seisi keluarga.
Moga anak – anak ibu diberi kesihatan yang baik
Doa seorang wanita yang bergelar ibu sangat mustajab , ibu yang prihatin dan penyayang akan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesihatan suami dan anak – anak yang tersayang .
boleh amalkan doa ini:-
Ya zal jalali waliqram
” Ya Allah jauhilah kami dari mara bahaya ,kecelakaan , kemalangan dan bencana dunia , perbuatan khianat makhlukmu dan segala anasir jahat .Hanya kepadaMu lah kami Berserah dan memohon pertolongan.”
3.Doa melembutkan hati anak – anak yang degil.
Cabaran terkini
Setiap anak ada sikapnya yang tersendiri , lagi ramai bilangan anak – anak lagi macam – macam kerenah yang kita boleh nampak .
Ada yang mendengar kata Alhamdulillah
lagi mereka membesar lagi macam – macam kerenah yang kita boleh lihat .
Sekiranya ada anak yang degil dan sukar mendengar kata jangan lah dikasari.
Sebagai seorang wanita dan ibu muslimah , kita ada Allah untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.
Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah melembutkan hati anak kita.
Doa yang amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.
“Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)
4. Doa untuk anak – anak agar rajin solat
Solat tiang agama
Sebagai orang islam solat adalah tiang agama , perkara wajib yang perlu diajar kepada anak – anak.
Nampak mudah , tapi sebenarnya amat sukar untuk mendisiplinkan anak – anak untuk solat 5 waktu .
Sekiranya tidak diterapkan dari usia masih kecil.
Boleh amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat disamping mendidik anak – anak menjaga solat dan melakukan ibadah solat.
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
5. Doa supaya dikurniakan anak yang mentaati perintah Allah.
Al Quran panduan hidup
Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail.
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”
6. Doa memohon rahmat dan keberkatan.
Ya Allah berkati dan Rahmati la kehidupan kami
Mohon juga dari Allah moga setiap apa yang kita minta diterima dan mendapat kerahmatan dan keberkatan .
“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji”.
Doa dan zikir adalah kunci pembuka kejayaan buat wanita muslimah terutamanya yang bergelar ibu , samada didunia mahupun diakhirat kerana ia adalah tali penghubung kepada Allah s.w.t
Leave a Reply