Vitamin untuk wanita menopouse

Penulisan Dari hati kak Tim

Wanita dan menopouse.

Penjelasan tentang Menopouse dikalangan wanita.

Memasuki usia 45–55 tahun, wanita akan mengalami fasa menopause.

Menopause adalah masa berakhirnya sirkulasi menstruasi secara alami.

Wanita dikatakan mengalami menopause apabila ia tidak lagi mengalami menstruasi dalam waktu 12 bulan berturut-turut.

Apabila memasuki fasa menopouse wanita tidak boleh hamil secara alami.

Hal ini disebabkan ovari di dalam tubuh wanita tidak lagi melepaskan telur.

Sebahagian wanita tidak mengalami gejala apa pun sebelum menopause.

Namun ada juga yang mengalami beberapa gejala atau tanda-tanda menopause menjelang berakhirnya fasa menstruasi.

Tanda Dan gejala menopouse

Tanda – tanda menopouse pada setiap wanita berbeza , ada yang melibatkan masalah kesihatan .

Sebagai wanita yang prihatin kita patut ambil tahu tanda – tanda menopouse .

Tanda-tanda menopause bermula dari fasa pre menopouse , biasa nya bermula pada usia awal 40an .

kebiasaannya terdapat gangguan kitaran haid beberapa tahun sebelum fasa menopause.

Pada masa ini, produksi hormon oestrogen oleh ovari sudah mulai berkurangan.

kebiasaannya fasa perimenopause berlangsung selama 4 tahun atau lebih.

Berikut adalah tanda dan simptom menopause pada wanita yang biasa berlaku, tetapi mungkin jarang diberitahu.

1. sakit pada payudara

Perubahan turun naik hormon boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan, seperti yang berlaku ketika haid atau ovulasi, payudara juga mungkin berasa lebih sensitif dan tegang.

Namun, ketika menghampiri saat menopause, kitaran haid anda adalah tidak tetap.

Maka, lebih sukarlah untuk anda menjangkakan waktu ketidakselesaan ini berlaku.

2. HOT FLASHES

tubuh rasa panas dan mudah berpeluh .

Inilah gejala hot flashes yang mungkin merupakan salah satu tanda menopause pada wanita yang paling popular.

Apabila tahap estrogen menurun, kelenjar yang mengawal suhu tubuh akan turut terjejas.

Badan akan berasa panas tanpa sebab dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Namun, ada yang merasakan hot flashes ini hanya buat beberapa saat, setengah jam, atau ada yang lebih lama daripada itu.

Dinasihatkan memakai pakaian yang selesa, banyakkan minum air, dan gunakan ais pek sekiranya perlu.

3.BAU BADAN YANG LEBIH KETARA

Ada yang mengaitkan bau badan ini dengan peluh berlebihan akibat gejala hot flushes.

Penurunan kadar estrogen dalam tubuh juga sebenarnya mempengaruhi kelenjar hypothalamus dengan memberi isyarat anda sedang berasa panas.

Akibatnya, lebih banyak peluh yang terhasil sehingga menyebabkan ia sukar dikawal maka terjadinya bau badan yang tidak selesa.

4. RASA BERDEBAR

Kajian menunjukkan epinephrine dan norepinephrine yang meregulasikan kadar degupan jantung dan tekanan darah sering berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Ia mungkin menyebabkan rasa berdebar dan kadang – kadang tanpa sebab.

Sekiranya ia berlaku kepada orang terdekat seperti ibu kita, bantulah mereka dengan memberi sokongan moral dan pendengar setia mereka.

5. Sukar mengawal kencing

mudah terkencing apabila melompat, batuk, atau bersin ,

Rasa macam perkara lucu akan tetapi aia adalah realiti yang akan terjadi apabila masuk fasa menopouse.

Selain kesukaran mengawal pundi kencing, kekerapan anda untuk ke tandas juga semakin bertambah.

Ini disebabkan penipisan lapisan dinding uretra dalam sistem urinari serta otot pelvik yang semakin lemah.

6. KULIT YANG KERING

Seorang pakar, Dr Pinkerton menyifatkan fasa menopause ini sebagai ‘reverse puberty’, di mana kita mungkin akan melalui masalah yang pernah anda lalui di zaman remaja.

Antaranya termasuklah masalah jerawat, kulit kering, fungus dan eczema.

7. MIGRAIN

Migrain juga merupakan salah satu tanda menopouse yang mungkin terjadi kepada kita ,perubahan turun naik hormon boleh menyebabkan kita mendapatkannya buat pertama kali dan akan lebih teruk lagi kepada yang biasa mendapat migrain.

Walaubagaimanapun, setelah ketiadaan haid menjadi konsisten, masalah ini didapati akan menghilang hampir serta-merta.

Ini kerana tahap hormon tidak lagi meningkat secara mendadak.

Menurut Migraine Research Foundation, hanya 5% wanita yang menghidap migrain selepas usia 60 tahun.

8. MOOD SWING

Perubahan hormon dikalangan wanita dan mood swing  amat sukar dipisahkan dah jadi perkara biasa setiap kali kedatangan haid dan ketika memasuki fasa menopouse.

Di samping pergolakan emosi, sesetengah wanita juga akan mengalami masalah sukar tidur.

Secara tidak langsung, semua masalah ini juga menjadi punca seseorang wanita lebih pelupa dan kurang fokus.

Sememangnya, bukan mudah untuk melalui fasa perimenopause

Namun persediaan dan kematangan sedikit sebanyak akan membantu anda mengendalikan perubahan ini.

9. KERAPUHAN TULANG

Dalam tempoh 5 tahun pertama menopause, seorang wanita boleh kehilangan 20% daripada tulangnya.

Apabila ovari tidak lagi menghasilkan estrogen, kerapuhan tulang akan berlaku semakin cepat.

Oleh itu, tidak hairanlah usia ini tulang lebih mudah patah dan wanita lebih terdedah kepada risiko osteoporosis.

Sakit-sakit sendi juga semakin kerap berlaku apabila dimakan usia.

10. peningkatan berat badan

Apabila masuk fasa menopouse basal metabolik rate menjadi rendah akibat pengurangan kadar hormon oestrogen.

Berat badan mudah meningkat dan berisiko obesiti jika tidak kawal pengambilan makanan dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Cara mempersiapkan diri apabila memasuki fasa menopouse

Fasa menopouse adalah fasa yang semua wanita akan hadapi bila sampai masanya .

Dan setiap wanita patut bersedia baik dari segi mental dan fizikal.

Setiap gejala yang akan dihadapi boleh diringankan dengan cara:-

1. Mengamalkan gaya hidup sihat

Mengamalkan cara hidup yang sihat dapat meringankan gejala menopouse.

Bersenam jadikan sebagai rutin harian seperti Brisk walk , cuba dapatakan 6000 step sehari untuk kesihatan jantung .

Bersenam juga mengurangkan risiko osteoporosis, bersenam membantu kepadatan tulang,

Selain dari bersenam , amalkan pemakanan sihat jauhi makanan berlemak tinggi dan menganduni perisa tambahan .

Lebihkan pengambilan makanan berserat serta makanan yang kaya dengan sumber vitamin dan mineral.

Sumber vitamin dan mineral

2. Mengamalkan vitamin untuk wanita menopouse

  • Vitamin A

Disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika menopaus, suplemen vitamin A mungkin dapat membantu mengurangkan masalah yang berkait rapat dengan daya tahan dan penglihatan wanita.

Sumber vitamin A Shaklee
  • Vitamin E

Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dapat memastikan vagina kekal lembab dan mengurangkan risiko kekeringan faraj.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan ke atas 52 wanita, pengambilan vitamin E selama 12 minggu dapat mengurangkan simptom vaginal atrophy, sejenis kondisi yang berlaku disebabkan kekeringan pada dinding faraj.

Klik link untuk dapatkan lebih info tentang vitamin E

Vitamin E Complex
  • Vitamin B6 dan B12

Vitamin B6 sangat penting untuk metabolisme dan sistem imun badan. Manakala, vitamin B12 pula sangat baik untuk pembentukan sel darah merah , meningkatkan tenaga, melindungi jantung dan otak serta menyokong sistem pencernaan yang baik.

Kedua-dua vitamin ini dapat mengurangkan depresi yang berlaku disebabkan menopaus.

Selain itu, ia juga dapat membantu wanita yang mempunyai masalah tidur malam.

Sumber b6 dan b12
  • Vitamin C
sustained release vitamin C

Vitamin C bukan sahaja bagus untuk sistem pertahanan badan malah ia juga bermanfaat untuk wanita menopouse .

Vitamin C dapat memastikan tulang kekal sihat dan membantu penyerapan zat besi dalam badan.

Ia juga merupakan sumber antioksidan yang dapat melindungi daripada masalah penuaan dan juga penyakit.

  • Magnesium dan kalsium
Sumber magnesium

Magnesium dan kalsium merupakan contoh vitamin untuk wanita menopause yang sangat penting.

Kebanyakan wanita dewasa tidak mendapat magnesium yang mencukupi dari diet harian.

Tetapi, mengapakah magnesium dan kalsium penting untuk kesihatan wanita?

Nutrien ini amat penting untuk memastikan otot dan saraf kita kekal berfungsi walaupun sudah berusia.

Jika ingin membeli suplemen magnesium, pilih suplemen yang tertulis magnesium glycinate.

Bagi wanita yang baru mencecah menopaus, magnesium sangat penting untuk kesihatan jantung serta dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan juga osteoporosis.

Malah, magnesium juga dapat mengurangkan anxiety, masalah sendi dan dapat membantu tidur yang Lena.

Selain daripada Vitamin A, E , B6 B12, vitamin C dan magnesium terdapat beberapa supplement dan vitamin yang bagus yang boleh dijadikan pilihan tepat apabila memasuki fasa menopouse seperti :-

Vivix
vivix

Vivix merupakan suplemen paling digemari oleh wanita khususnya wanita yang menghampiri waktu menopause juga wanita2 yang sedang menopause.

Ianya memberi kesan kepada 4 mekanisme utama penuaan selular,bahkan ia bukan sahaja membantu mengembalikan keremajaan kulit tetapi juga organ dalaman.

Vivix dikatakan suplemen terbaik untuk kesihatan menyeluruh yang melibatkan DNA dan sel.

Ianya memperbaiki struktur sel dan membantu meningkatkan keanjalan kulit.

Secara tak langsung, ianya membantu melembutkan kulit dan ini sangat membantu mengelakkan rasa sakit saat melakukan hubungan intim .

  Energy Soy Protein
Energy soy Protein

Fitoestrogen adalah sebatian yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang kimia yang serupa dengan hormon estrogen.

Biasanya dianggap sebagai terlibat dalam pembiakan wanita,

sebenarnya estrogen mengawal banyak aspek penting bagi tubuh pada lelaki dan wanita, metabolisme, tulang dan kesihatan saluran darah, warna kulit, tahap kolesterol dan keseimbangan cecair dalam badan.

Soya adalah salah satu sumber yang kaya dengan phytoestrogen, yang mengandungi tahap tertinggi isoflavon dalam makanan. isoflavon soya mengaktifkan reseptor estrogen badan anda, protein yang mengesan kehadiran estrogen dan menjalankan kesan seperti perubahan dalam gen. 

Energy Soy Protein Shaklee  mengandungi phytoestrogen semulajadi yang membantu seimbangkan hormon wanita.

GLA Complex
Gla complex

GLA merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. 

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi.

Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

GLA digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

3.Hentikan tabiat buruk

Tabiat buruk seperti merokok dan minum arak perlu dihentikan dan dijauhi.

Rokok dan arak tidak bagus untuk kesihatan semua ,

Wanita menopouse berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit akibat dari tabiat buruk ini.

Risiko penyakit jantung, kecing manis dan osteoporosis.

Sekiranya tabiat ini dijadikan amalan maka

ia akan mempercepatkan lagi proses penyakit.

Diharapkan perkongsian kak Tim dapat membantu wanita – wanita yang memasuki fasa premenopouse dan menopouse bersedia dari segi mental dan fizikal.

Sebaiknya jangan ambil mudah tentang risiko yang bakal dihadapi.

Sekiranya mempunyai tanda dan gejala menopouse seperti yang kak Tim nyatakan terbaiknya dapatkan khidmat nasihat dari doktor.

Boleh rujuk doktor untuk pengambilan vitamin dan supplemen juga sekiranya kurang pasti .

Sekian dulu perkongsian kak Tim kali ini berkaitan dengan vitamin untuk wanita.

Berminat nak dapatkan info tentang vitamin wanita menopouse?

Boleh hubungi kak Tim ditalian 0125197428

Shaklee Distributor Id no 1229987

#ShakleeMegaBlog2023

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge