Coqtrol Plus Coenzyme Q10 Shaklee

Penulisan Dari hati kak Tim 7 August 2023

Assalammualaikum salam kesyukuran

Alhamdulillah bertemu kembali diruangan penulisan Dari hati kak Tim.

Perkongsian kak Tim Kali ini berkaitan dengan CoQtrol Coenzyme Q10 Shaklee.

Singkatan pada CoenzymeQ10 adalah CoQ10.

Sebelum kita ketahui lebih lanjut tentang CoQtrol jom kita kenal apa itu Coenzyme Q10 dan kepentingannya kepada tubuh kita.

Apa itu Coenzyme10

Coenzyme diertikan sebagai bahan yang penting dalam fungsi enzyme yang besar dan kompleks.

Ketiadaan coenzyme Q10 akan membuatkan enzyme tidak boleh menjalankan tugasnya dengan betul.

Coenzyme Q10 bukanlah sejenis vitamin, mineral atau hormon.  

Coenzyme Q10 adalah sejenis coenzyme yang juga dikenali sebagai ubiquinone, diambil dari perkataan bahasa Inggeris ubiquitous yang bermakna ‘didapati di mana-mana’. Ia didapati secara semulajadi di dalam sel-sel badan kita.

Coenzyme Q10 adalah bahan yang larut di dalam lemak dan bentuknya

seperti vitamin k

Pembinaan Coenzyme Q10 di dalam badan kita memerlukan beberapa jenis mineral  dan vitamin seperti vitamin B 2, B 3, B 6, asid folik, vitamin B 12, vitamin C dan asid pantothenic.

Satu proses biokimia (sekurang-kurangnya 17 proses biokimia) di dalam badan berlaku dan Coenzyme Q10 dihasilkan.

Fungsi Coenzyme 10

Coenzyme Q10 digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif.

Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan.

Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian di dalam sel-sel badan. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.

Antara fungsi – fungsi Coenzyme 10

  • Menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari.
  • Antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Tenaga kepada sel agar jantung dapat berfungsi dengan baik.
  • Mengurangkan kesan sampingan pengambilan statin.
  • Menggalakkan pengeluaran enzim CoQ10 di dalam tubuh.
  • Melindungi arteri daripada kerosakan akibat oksidasi LDL (kolesterol jahat).
  • Membantu merawat kegagalan jantung
  • Membantu masalah kesuburan dengan meningkatkan kualiti, aktiviti dan tumpuan sperma dengan meningkatkan perlindungan antioksidan.
  • Membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.
  • Meningkatkan prestasi senaman.
  • Membantu mencegah kanser.

Keperluan Coenzyme 10 pada tubuh

Kandungan Coenzyme Q10 berkurangan bila usia mencapai 30 tahun, di mana selepas itu ia akan terus menurun bila usia meningkat.

Apabila kandungan Coenzyme Q10 berkurangan kesihatan badan kita secara menyeluruh juga menurun.

Dijangka, bila kandungannya menurun sehingga 25%, pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, angina, sistem imunisasi menurun, kurang bertenaga dan lain-lain mula dirasai. 

Sebab tu amat disarankan kita mengamalkan Coenzyme10 samada melalui pemakanan harian dan pengambilan supplemen Coenzyme10

Sumber Coenzyme10

Sumber utama Coenzyme Q10 adalah dari pembinaannya di dalam badan kita sendiri.

Sumber luaran utama Coenzyme Q10 pula adalah dari daging, ikan dan minyak sayuran.

Bahan ini juga boleh didapati dari kebanyakan makanan seperti sayuran segar, buah-buahan dan kekacang, tetapi kandungannya lebih sedikit.

Bagaimanapun ia rosak dengan mudah melalui proses pemasakan.

Adalah dijangka bahawa secara purata pengambilan Coenzyme Q10 oleh orang biasa dari pemakanan menyumbang sebanyak 5mg sehari sahaja.

Coenzyme Q10 didapati di seluruh selaput sel di dalam badan kita, terutamanya di selaput-selaput mitochondria.

Ia paling banyak di bahagian jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, limpa, pankreas dan gland adrenal.

Jumlah keseluruhan bahan ini di dalam badan kita ialah antara 500-1500mg.

Kandungan ini menurun selari dengan usia yang meningkat.

Oleh itu pengambilan yang lebih mungkin diperlukan.

Untuk mendapatkan khasiat Coenzyme 10 yang mencukupi untuk keperluan tubh

kita boleh tambah dengan pengambilan supplemen.

Terdapat banyak Supplemen Coenzyme 10 dipasaran yang boleh didapati .

Pilihan Kak Tim CoQtrol keluaran Shaklee .

CoQTrol Plus Coenzyme 10 Shaklee

CoQ Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10.

Tambahan 2 mg Resveratrol dan 5 mg Tokoferol

Coq-Trol Plus juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum di dalam tubuh.

Coqtrol juga bebas Gluten selamat untuk perut.

Terdapat dua khasiat utama didalam CoqTrol Plus iaitu Resveratrol dan Tocoferol.

Resveratrol
Resveratrol adalah sejenis fitonutrien yang terdapat pada wain merah, kulit warna merah pada anggur, dan jus anggur ungu.

Resveratrol juga berperanan untuk kesihatan jantung dan saluran darah.

Dalam kajian makmal, resveratrol telah terbukti untuk membantu mengurangkan pengoksidaan LDL dan melancarkan peredaran saluran darah.

Salur darah ini penting untuk menggalakkan pengaliran darah yang sihat.

khasiat Resveratrol juga boleh didapati dalam ResVivix

Tokoferol

Tokoferol ni sebenarnya sebahagian daripada keluarga Vitamin E.

Dia banyak terdapat di dalam minyak sayuran, kacang, ikan dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Untuk mendapat sumber tokoferol ini biasanya ia diambil dalam bentuk Vitamin E.

Vitamin E ini juga tinggi antioksidan yang baik untuk kulit dan kesihatan.

Siapa yang disarankan untuk mengamalkan CoQ-Trol Plus

  • Mereka yang sihat berumur 18 tahun keatas yang mementingkan kesihatan jantung .
  • Lelaki dan wanita yang mengambil ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi dan ubat kolesterol yang mungkin akan mengurangkan tahap CenzymeoQ10dalam darah

Dos yang disarankan

1 biji sehari untuk mendapatkan khasiat yang berpanjangan.

Kebaikan mengamalkan CoQ-Trol plus

Serangan Jantung

  • Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam masa 3 hari selepas serangan jantung berkemungkinan kurang mendapat serangan jantung dan kesakitan dada.

2. Tekanan Darah Tinggi

  • Dalam satu kajian, selepas mengkaji 12 kajian klinikal, penyelidik menyimpulkan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik oleh 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

3. Otot

  • Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan kesakitan otot yang berkaitan dengan rawatan statin

4. Diabetes

  • Suplemen CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan gula dalam darah serta membantu menguruskan tekanan darah tinggi untuk orang yang ada menghidap diabetes.

5. Pembedahan jantung

  • Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, menguatkan fungsi jantung, dan mengurangkan kejadian jantung yang tidak teratur (aritmia) semasa fasa pemulihan pembedahan jantung.

6. Migrain

  • Sesetengah kajian menunjukkan bahawa CoQ10 mungkin mengurangkan kekerapan sakit kepala ini.

Sekian dulu perkongsian kak Tim kali ini , moga memberi manfaat pada semua pembaca.

Sekiranya berminat untuk mengamalkan CoQtrol-Plus tapi andaa mempunyai sebarang penyakit dan sedang mendapatkan rawatan sila rujuk pakar perubatan anda .

Sekiranya anda seorang yang sihat tiada sebarang penyakit merbahaya insyaallah boleh cuba amalkan CoQTrol Plus unruk kesihatan berpanjangan.

Boleh hubungi kak Tim untuk dapatkan sebarang Info tentang pengambilan CoqTrol Plus.

Ditalian 0125197428

Kak Tim pengamal dan pengedar Shaklee sejak 2016

#ShakleeMegaBlog2023

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023


by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge