Tip travel jimat Dan sihat.

Penulisan Dari hati kak Tim 24.Julai.2023

Assalammulaikum salam sejahtera salam kesyukuran.

Bila sebut pasal travel mesti ramai Yang suka.

Dah jadi satu budaya sekarang ni bila cuti sekolah je mesti ramai Yang Akan rancang percutian bersama keluarga.

Termasuklah kak Tim Dan keluarga .

Setiap hujung tahun jika tiada sebarang kekangan Kami sekeluarga Akan pergi bercuti kebiasaannya dalam negeri lah.

Perkongsian kali ini kak Tim Akan kongsikan beberapa tip travel cara kak Tim sekeluarga

Tip travel 1- menabung duit syilling Dari awal tahun

Tabung percutian

Kebiasaannya Kami sekeluarga Akan pergi bercuti pada hujung tahun .

Jadi Kami Akan mula menyimpan Dari awal tahun .

Cara kak Tim Dan keluarga , Kami Akan sama-sama menabung duit syilling .

kak Tim memang galakkan anak-anak simpan duit syilling Baki belanja sekolah ke Dalam tabung .

dan bagitahu kepada mereka kalau nak pergi bercuti wajib simpan duit syilling Dalam tabung.

Alhamdulillah Dari anak-anak kak Tim kecil hingga dewasa rutin menabung dah jadi kebiasaan mereka.

Hasil menabung Kami boleh gunakan untuk perbelanjaan percutian.

Tip travel 2- simpan duit bulanan dalam akaun cuti-cuti.

Selain Dari menabung duit syilling , kak Tim Akan sediakan satu personal akaun bank untuk travel .

Setiap bulan kak Tim Akan wajibkan diri kak Tim menyimpan minimum Rm50 sebulan kedalam akaun cuti-cuti jika Ada lebihan Akan simpan lebih.

Kalau sebulan minimum Rm50 Setahun boleh dapat Rm600 kalau lebih simpanannya lagi banyak la Kan.

Baru la seronok travel bila Ada duit lebihan

Tip travel 3- Rancang tempat percutian

Kebiasaannya Kami Akan rancang setiap tahun Kami nak bercuti kemana .

Suami kak Tim jenis Yang suka memandu sendiri ..katanya suka tengok keindahan alam.

Setiap kali Kami pergi bercuti, Kami takkan pergi satu negeri sahaja .

Sebagai contoh syawal tahun ini Kami jelajah pantai Timur…Kelantan,Terengganu Dan Pahang.

Tahun 2022 selepas bebas pkp Kami jelajah selatan Johor , melaka Dan Kuala Lumpur

Insyaallah hujung tahun ini perancangannya jelajah utara ..perlis , Kedah Dan Pulau Pinang.

Tip travel 4 – Homestay jadi pilihan.

Homestay ada dapur untuk memasak

kalau dulu masa anak-anak kecil hotel jadi pilihan setiap Kali pergi bercuti .

Bila anak-anak dah besar , homestay dijadikan pilihan setiap Kali percutian

Kalau dikira Dari segi Kos penginapan. Dan keselesaan homestay lebih selesa Dan harga berpatutan

Untuk memilih homestay kak Tim biasa gunakan perkhidmatan Booking.com.

kak Tim Akan pilih homestay Yang mempunyai kelengkapan peralatan memasak.

Dah boleh jimat kat sini masak sendiri ,beli je bahan mentah Yang mudah dicari kemudian masak sendiri lebih jimat Dan sihat Kan.

Kak Tim Akan pilih homestay Yang Ada sediakan washing machine , tak perlu bawa banyak pakaian Dan tak perlu Cari dobi layan diri kenapa perlu susah-susah kalau Ada Yang memudahkan.

Sabun basuh baju semasa travel mudah dibawa

Tip travel 5 – Pilih destinasi Yang menarik untuk dilawati.

Masjid Kristal Terengganu.

Setiap Kali Kami bercuti , suami kak Tim Akan Cari tempat – tempat menarik Yang Ada disetiap negeri Yang Kami jelajahi.

Zaman sekarang semua pun dihujung jari taip je tempat menarik Di kelantan Di Google insyaallah jumpa la tempat-tempat menarik dikelantan.

Sangat mudah travel zaman sekarang ni

Semua pun dihujung jari.

Tip travel 6 – amalkan vitamin Imun Dan Tenaga

Immune booster + Energy booster

Seronoknya bercuti kalau Kita sihat betul tak .

pernah sekali masa bercuti ke melaka anak teruna kak Tim sakit perut tengah Malam Cari hospital .

Masa ni tak seronok bercuti terpaksa balik awal.

Sejak itu Kami jadi Kan ianya satu pengajaran , setiap Kali kak Tim nak travel kak Tim Akan pastikan Kami satu keluarga Dalam keadaan sihat .

Sebelum Dan masa travel memang amalkan vitamin Imun booster .

Semasa travel mesti perlukan tenaga , antara vitamin tambah tenaga pilihan kak Tim Dan suami ResV Dan Coqtrol .

Alhamdulillah pengambilan vitamin sangat-sangat membantu Kami sekeluarga bebas jangkitan Dan kekal bertenaga sepanjang percutian.

Tip travel 7- Medical kit wajib bawa semasa travel.

Emergency Travel kit

Setiap Kali travel medical Kit mesti dibawa bersama .

Dalam medical kit terdapat ubat-ubatan Yang basik

Seperti ubat demam, ubat tahan sakit ,ubat selsema batuk Dan ubat sakit perut.

Bila travel kita mudah dapat sakit sebab Kita Akan bercampur dengan ramai orang .

Kita berisiko dijangkiti macam-macam virus

Bila travel agak sukar Jaga makan , nampak orang Jual kuih tepi jalan mesti beli nya

suami kak Tim jenis suka Cuba makanan-makan negeri lain kategori food hunter juga la ni .

Sebab tu ubatan Dan vitamin dah jadi benda wajib dibawa tiap Kali Kami sekeluarga bercuti

cegah sebelum kena Kan.

Dalam emergency kit juga terdapat krim antiseptik dan plaster , mana la tau kan terjatuh atau terluka semasa travel Kita dah bersedia untuk rawatan awal.

cuti-cuti juga kesihatan perlu dijaga

keep safe keep healthy..

Ok itu tu sahaja perkongsian kak Tim Kali ini berkaitan tip travel Yang jadi kebiasaan kak Tim Dan keluarga setiap Kali Kami pergi bercuti.

Diharapkan tip travel Yang kak Tim kongsikan membantu sahabat-sahabat kak Tim rancang percutian masing-masing.

Terima kasih Kerana sudi membaca penulisan Dari hati kak Tim .

Berminat untuk dapatkan vitamin Imun booster Dan vitamin Energy Booster Shaklee boleh je hubungi kak Tim

Ditalian 0125197428

kakTim pengedar Dan pengamal vitamin organik Shaklee sejak 2016.

Shaklee Sid1229987

#ShakleeMegaBlog2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeThrive2023

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge