penulisan Dari hati kak Tim..11 Julai 2023
Assalammualaikum salam kesyukuran.
Satu ketika dulu kak Tim bertugas sebagai jururawat bilik bedah di dua buah hospital swasta di Ipoh.
Bertugas sebagai jururawat bilik bedah Kak Tim kebiasaannya akan terikat dengan ON Call.
On Call ni bahasa mudahnya standby duty untuk sebarang kes kecemasan selepas waktu bekerja.
Dalam sebulan kak Tim akan standby call 3 minggu dalam sebulan dan no call 1 minggu sahaja.
Dan rutin pekerjaan begini dah jadi perkara biasa pada kami yang bergelar misi bilik bedah.
Bila terlibat dengan standby call bermakna kak Tim perlu berada didalam jarak yang berdekatan dengan tempat kerja dan apabila dipanggil kami perlu sampai hospital dalam masa 15 minit .
Ini bermakna sekiranya hari cuti , kak Tim tak boleh berada diluar kawasan ipoh.
ini merupakan satu tanggungjawab yang kami jururawat bilik bedah wajib patuhi.
Memang dibayar untuk standby call tapi kami tiada kebebasan masa.
2016 berhenti kerja fokus keluarga.
Tahun 2016 setelah 16 tahun bekerja , Kak Tim buat keputusan berhenti kerja dengan niat nak fokus jaga anak bongsu masa tu baru berumur 2 tahun yang kerap tak sihat asbab asthma .
Pada masa yang sama nak fokus pada pelajaran anak kedua kak Tim yang bakal menduduki UPSR.
Masa ni ramai yang kata kak Tim rugi berhenti kerja ,sebab dah belajar sampai ijazah serta mempunyai kerjaya yang tetap dan berpendapatan agak lumayan.
Setiap orang mempunyai pendapat masing – masing , sebagai seorang ibu hanya kak tim yang tahu perasaannya apabila melihat anak yang kerap sakit dan anak yang makin mundur dalam prestasi pelajarannya .
Kak Tim tekad berhenti kerja Dan serahkan segala aturan rezeki kak Tim pada Allah
Allah Maha mengetahui , dengan izinNya 6 bulan selepas kak Tim berhenti kerja Allah lorongkan laluan rezeki untuk kak Tim dengan bisnes shaklee..
Bermula sebagai pengamal shaklee.

Kak Tim bermula sebagai pengamal supplemen shaklee pada asalnya .
Set pertama yang kak Tim beli pada masa tu adalah Ramadhan set Shaklee
bermodal Rm600+ Kak Tim layak daftar keahlian percuma .
Sepanjang bulan Ramadhan waktu bersahur dengan Protein ESP dan Mealshake dan waktu berbuka Peformance drink jadi minuman dikala berbuka.
Alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan 2016 kak Tim rasa lebih bertenaga dan berjaya kurangkan berat badan 4kg.
Boleh baca juga perkongsia kak Tim tentang puasa dengan Ramadhan set shaklee
Mudahnya kerja dari rumah sebagai pengedar Shaklee.

Dari pengamal bertukar kepada pengedar sah shaklee apabila jatuh cinta dengan set ramadhan shaklee dan teruna nak kongsikan keberkesanan produk shaklee .
Apabila upline kak Tim ajak buat bisnes shaklee pada asalnya kak Tim menolak sebab tak tau macam mana nak mulakan bisnes.
Tak pernah pun berniaga vitamin, tapi berani – beranikan diri mencuba.
Berkat tunjuk ajar Dari leader kak Tim alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke 7 kak Tim kerja dari Rumah dengan Ada pendapatan tetap setiap bulan.
Niat asal nak makan vitamin shaklee secara percuma sebab dengan setiap pembelian vitamin bernilai Rm450 dan keatas layak dapat cashback.

Cashback pertama yang kak Tim terima hasil pembelian set ramadhan Rm36.00
kak Tim nampak satu peluang yang bagus di sini jadi kak Tim cuba – cuba niaga vitamin secara off line .
Bila jumpa sedara mara dan kawan – kawan cerita la pasal vitamin .
Alhamdulillah ada sambutan tapi masa ni tak banyak la jualannya Baru nak belajar – belajar bisneskan.
Mudahnya kerja dari rumah niaga secara online.
Masa kak Tim baru nak bermula sebagai pengedar shaklee, upline kak Tim daftarkan blog untuk kak tim berniaga secara Online
Memang takde ilmu pasal blog ni .
Kak Tim ikut je Cara Yang upline / leader kak Tim ajar ..
Mana la tau tau ada rezeki dapat customer dari blog.
Alahamdulillah ada 2-3 orang juga customer hubungi kak Tim melalui Blog.
Hingga kini pun customer dari blog masih ada yang hubungi kak Tim untuk dapatkan supplemen shaklee mereka.
Dari tahun ke tahun bisnes shaklee kak Tim makin meningkat jualannya dan bilangan ahli dan pengamal shaklee dibawah kak Tim makin bertambah.
Ada dikalangan ahli dibawah kak Tim yang juga menjadi pengedar shaklee.

Dari berniaga secara off line dan blog .
kak Tim juga aktif menggunakan media online yang lain seperti facebook dan wasap status.
sekali sekala muncul juga di instagram.
shaklee bisnes online terbaik yang boleh dijadikan pilihan sekiranya ingin menjana pendapatan lebihan.
Mudahnya kerja dari rumah urusan diri dan keluarga terjaga.
Bekerja makan gaji berbeza dengan kerja dari rumah .
Macam kak Tim ceritakan diawal perkongsian , kak Tim pernah bertugas sebagai jururawat bilik bedah selama 16 tahun.
Jujur kak Tim katakan kami jururawat biik bedah terikat dengan masa .
Tiada kebebasan dalam hidup demi tugas yang diamanahkan .
kelebihannya kak Tim menerima gaji bulanan tetap.
Sudah tentu berbeza dengan kerja dari rumah dimana:-
1. kerja dari rumah bebas masa .

Satu ketika dulu kak Tim pernah berbual dengan seorang sahabat ni , bila dipersoalkan gaji jururawat bilik bedah banyak sebab Ada Elaun ON call Dan bayaran aktif call ..
Betul la tu , memang Ada pendapatan lebihan Akan tetapi Kami tiada kelebihan pada masa .
Dulunya kalau nak kemana – mana bercuti contohnya terikat dengan jadual kerja.
Dan sekiranya nak bercuti kena mohon lebih awal dan kena tengok juga ada tak staff untuk ganti sekiranya tak ada staff gantian memang tak boleh bercuti dan pergi kemana – mana walaupun Hari cuti bekerja .
Musim Raya pun Kami jururawat bilik bedah kena standby On call.
Tapi Tu dah jadi kebiasaan Kami..
kalau zaman bujang ok la kan , tapi jadi satu masalah juga bila dah berkahwin dan mempunyai anak .
Suami kak Tim pun jenis yang bekerja outstaion memang dugaan besar buat kak Tim.
Antara punca kak Tim berhenti kerja selain nak fokus jaga anak – anak kak Tim juga nak memudahkan pekerjaan suami Yang kerap outstation.
Memandangkan pekerjaan suami Sumber pendapatan tetap Kami sekeluarga ,Salah seorang kena lah bekorban.
Rezeki Tu aturan Allah , insyaallah Kita mudahkan kerja insan Yang Kita sayang , Allah mudahkan urusan Kita .
Yakin je dengan setiap aturan Allah.
Walaupun ianya bukan mudah untuk ambil keputusan berhenti kerja Dan meninggalkan kerjaya Yang dicintai .
Demi Yang tersayang kak Tim serahkan segalanya pada Yang Esa.
Teringat kak Tim pada kata-kata seorang sahabat ..
Tak semua benda Kita boleh dapat tanpa pengorbanan.
u got something but u need to let go something
Alhamdulillah dipertemukan dengan bisnes shaklee .
kak tim boleh jana pendapatan dari rumah pada masa yang sama fokus jaga keluarga serta mempunyai kebebasan masa nak bercuti kemana sahaja tanpa sekatan.
2. kerja dari rumah urusan pembelajaran anak teratur.
Teringat kak Tim masa zaman bekerja dahulu,
Kesian kedua anak kak Tim Along Dan Abam
Seawal pagi dah ikut ibu pergi bekerja hantar mereka kesekolah yang mempunyai transit .
keluar awal pagi baliknya lewat petang
keluarnya gelap baliknya pun hari dah gelap.
kadang-kadang terpaksa ikut ibu ke hospital bila ayahnya outstation..tidur Dalam kereta pun pernah masa ibu bekerja on call.
Nak buat macam mana Kan dah tanggungjawab ibu misi bilik bedah.
Tentang pelajaran tu
memang serah kat diorang je la ibu tak boleh nak beri sepenuh perhatian.
Ayah pun sibuk bekerja, kesian Along Dan Abam.
kak Tim yakin ramai ibu – ibu diluar sana pun mempuyai masalah yang sama seperti kak Tim.
Tapi apakan daya kan demi kelangsungan hidup perlu keluar bekerja .
Apabila kak Tim buat keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 2016 untuk fokus pada anak – anak semuanya jadi teratur .
Prestasi pelajaran anak no 2 kak Tim meningkat.
Alhamdulillah..
Rindu pada kerjaya jururawat Tu memang Ada tipu la kalau Kata takde Kan.
Tapi asbab Ada nya kerja dari Rumah Yang seakan bidang kerjaya kak Tim ..bidang kesihatan
kak Tim tak rasa sangat nak kembali bekerja sebab kak Tim dah ada kerja dari rumah yang sesuai dengan jiwa kak Tim.
Kerja Yang kak Tim boleh lakukan pada bila -bila masa Dan ada pendapatan lebihan untuk perbelanjaan diri dan keluarga syukur dipertemukan dengan bisnes shaklee.
3. kerja dari rumah kesihatan diri dan keluarga terjaga
kalau dulu masa bekerja makan gaji , jarang masak sendiri selalu makan makanan luar , makanan luar tak semuanya dimasak dengan baik kan.
Anak – anak memang mudah jatuh sakit .
Alhamdulillah bila sepenuh masa kerja dari rumah jarang – jarang dah makan makanan luar , kita masak sendiri lagi sihat dan jimat .
Dengan bekerja Dari rumah kak Tim Ada masa untuk beriadah.
Setiap pagi selepas hantar sibongsu kesekolah kak Tim Akan pergi brisk walk Di Taman.
masa bekerja memang Tak sempat la Kan dah keluarnya pagi baliknya lewat petang .
Alhamdulillah pada usia 45 series kesihatan Makin terjaga .

4, Kerja dari rumah hidup lebih mudah .
6 tahun kak Tim bekerja dari rumah , sambil uruskan keluarga sambil berbisnes masa Yang sangat fleksibel Kak Tim boleh rancang urusan keluarga Dan urusan bisnes .
konsep kerja Dari Rumah ni ibarat Kita la boss Kita la pekerja .
Kita rajin usaha insyaallah lebih la pendapatannya.
5. Kerja Dari Rumah Dan aktiviti sosial.

Ramai Yang cakap kalau jadi Suri rumah tangga ibarat hidup macam katak bawah tempurung
Takde aktiviti sosial , tak berkawan sendirian .
Tak juga yer..sejujurnya selepas kak Tim berhenti kerja , kak Tim mempunyai lebih ramai kawan
kak Tim mempunyai sahabat – sahabat Dari kelas masakan.
kak Tim kenal jiran-jiran Yang dulunya tak pernah bertegur sapa
Dah masing-masing pun sibuk keluarnya gelap baliknya pun gelap .
Alhamdulillah sejak kak Tim sepenuhnya kerja dari Rumah boleh dikatakan kak Tim lebih aktif beraktiviti sosial
Itu belum dikira Lagi sahabat -sahabat Dari team bisnes Dan pelanggan – pelanggan kak Tim majoritinya orang luar negeri perak .

kalau dulu bekerja sahabat -sahabat Dari kalangan staff hospital je la kan.
Nak Kata sini hidup ni Ada pilihan Kita nakkan hidup Yang macam mana
kalau Kita pilih untuk bersendirian maka Kita Akan bersendirian .
6.Kerja Dari rumah pun boleh timba ilmu
kak Tim jenis Yang suka belajar benda – benda Baru .
kalau masa kerja kak Tim memang Minat menghadiri kursus-kursus .
Selepas kak Tim berhenti kerja kak Tim masuk kelas masakan .
Rezeki kak Tim jumpa kelas masakan yang tak jauh dari Rumah .
tujuannya mengisi masa lapang Dan belajar ilmu baru.
Belajar ilmu masakan sampai boleh menjana pendapatan.
Setiap tahun kak Tim Ada projek team akak cookies untuk jualan biskut Raya Dari 2017 hingga kini.

Bila kak Tim mula aktif dengan bisnes shaklee
lagi la kak Tim suka sebab shaklee menyediakan kelas – kelas nutrisi Dan kelas bisnes.

Banyak ilmu baru Yang kak Tim belajar .
sebab Tu juga kak Tim terus kekal dengan bisnes shaklee .
Bukan ilmu nutrisi je Yang kak Tim dapat ilmu bisnes Dan ilmu akhirat pun kak Tim dapat
Syukur kak Tim bersama circle Yang baik
Team bisnes Yang aktif Dan menitikberatkan saham akhirat
boleh baca perkongsian kak Tim tentang bestnya bisnes shaklee.
Alhamdulillah…terima kasih Allah
Bestkan life kak Tim walaupun kak Tim tidak mempunyai kerjaya tetap , kak Tim bahagia dengan kehidupan kak Tim sekarang.
Bak Kata seorang kakak ni ” kebahagiaan ni Kita Yang cipta “
Bagaimana kita nak corakkan kehidupan Kita terletak pada diri sendiri .
Kita Pilih baik insyaallah hasilnya pun Akan baik.
ujian dan dugaan pasti Ada Adat berniaga Adat berkeluarga .
Ujian Dan dugaan Tu asam garam kehidupan.
Tanpa ujian Kita takkan belajar tentang corak kehidupan .
Nak Kata sini jangan pernah takut mencuba sesuatu Yang Baru .
mungkin kehidupan Yang baru lebih baik Dari kehidupan Yang lalu.
Jom Kita ubah diri Kita menjadi insan Yang lebih baik Dari Kita Yang dulu .
Berminat nak bekerja Dari rumah macam kak Tim Jana pendapatan sambil menjaga keluarga.
Boleh je hubungi kak Tim..ditalian 0125197428
Shaklee business leader sid no 1229987
#ShakleeMegaBlog2023
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Leave a Reply