Vivix untuk kesihatan

Penulisan Dari hati kak Tim 26 June 2023

Assalammualaikum salam kesyukuran

Penulisan dari hati kali ini kak Tim akan kongsikan tentang manfaat vivix untuk kesihatan kita .

Apa Itu Vivix

Pertama sekali kita semua patut tahu apa itu vivix ?

vivix Antioksidan terbaik

Vivix adalah merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. 

Vivix adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA.

Vivix merupakan minuman botani anti-aging atau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Vivix untuk kesihatan – khasiat polifenol

Vivix mengandungi khasiat polifenol yang merupakan sumber antioksidan yang terbaik.

Polifenol adalah kompaun bioaktif yang terhasil secara semulajadi di dalam tumbuh-tumbuhan terutamanya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk mendapatkan khasiat polifenol yang pelbagai jenis,

kita perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran dari warna yang berbeza.

Ini kerana setiap buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza warna mempunyai tahap kepekatan dan jenis polifenol yang berbeza.

Jadi, lebih banyak jenis warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda makan, lagi banyaklah jenis polifenol yang akan anda peroleh.

Vivix antioksidan untuk kesihatan

Tugas Antioksidan.

Kesan radikal bebas

Tugas utama antioksidan adalah untuk membantu tubuh melawan radikal bebas. Radikal bebas merupakan bahan kimia jahat yang bukan sahaja terdapat di sekeliling kita tetapi juga wujud di dalam tubuh kita.

Jika dari persekitaran, radikal bebas akan terhasil daripada sinaran uv matahari, radiasi peralatan elektronik, aktiviti merokok dan pencemaran udara. Tubuh kita juga akan menghasilkan radikal bebas daripada proses metabolisme tubuh iaitu semasa proses penukaran makanan menjadi tenaga.

Mereka ni sangat jahat dan berupaya merosakkan sel-sel tubuh kita dan seterusnya merosakkan DNA manusia. Ia juga mampu merubah genetik tubuh manusia.

Tubuh kita tidak mampu untuk melawan radikal bebas ini secara terus menerus. Oleh kerana itu, tubuh kita memerlukan “rakan seperjuangan” untuk bersama-sama membanteras radikal bebas iaitu antioksidan. Antioksidan ini akan berusaha gigih untuk melawan radikal bebas dengan memberi elektron kepada radikal bebas tanpa mengambil dari tubuh kita. Kiranya, dalam bahasa paling mudah, ia akan mengorbankan dirinya sendiri demi melindungi tubuh kita daripada serangan radikal bebas.

Fungsi Antioksidan Bagi Tubuh

(1) Mencegah pelbagai penyakit kanser

Pengambilan makanan kaya antioksidan mampu menjaga kesihatan kita secara menyeluruh. Ia diyakini mampu mencegah pelbagai jenis kanser.

  • Kajian dari Physician’ Health Study mendapati pengambilan antioksidan yang berterusan mampu menurunkan risiko terhadap penyakit kanser. Ujian daripada Supplementation en Vitamines et Mineraux Antioxidants (SU.VI.MAX) menunjukkan penurunan risiko kanser kepada mereka yang menambah antioksidan dalam pemakanan seharian mereka.
(2) Mencegah penyakit jantung

Makanan kaya antioksidan adalah kunci mencegah penyakit jantung.Ia mampu mencegah penyakit jantung dan meminimakan proses oksidasi kolesterol di dalam darah.

(3) Memberi kesan antipenuaan

Antioksidan terkenal sebagai agen antipenuaan. Pengambilan makanan yang tinggi antioksidan secara konsisten mampu melambatkan proses kedutan di kulit terutama di wajah. Ia mencegah proses penuaan sel-sel tubuh sehingga menjadikan fungsi tubuh tetap terpelihara dengan baik.

(4) Menguatkan sistem imun

Antioksidan mampu meningkatkan sistem imun tubuh bagi melawan serangan virus dan bakteria. Jika sistem imun tubuh kuat, tubuh tidak akan mudah terkena serangan penyakit.

(5) Melindungi sistem saraf

Makanan yang mengandungi antioksidan mampu melindungi sistem saraf. Kita mampu berusaha untuk mencegah tubuh daripada terkena penyakit berkaitan saraf termasuk autisme, depresi dan skizofrenia. Ia juga sangat terkenal dalam memberi perlindungan terhadap sistem saraf pusat.

Vivix untuk kesihatan – Keperluan Polifenol pada tubuh

Polifenol sihatkan sel

Polifenol adalah sejenis antioksidan tetapi ia tidak terhad untuk membunuh radikal bebas sahaja, tetapi polifenol ini juga berfungsi untuk melindungi dan membaiki sel-sel badan kita supaya badan kita kuat dan sihat

Jadi sebab itulah kenapa kita perlu ambil polifenol sebagai perlindungan kepada badan supaya badan rasa bertenaga, bersemangat, kuat, dan sihat.

Disebabkan itulah kenapa amat penting kita amalkan pengambilan nutrisi yang kaya dengan polifenol setiap hari.

Sumber Polifenol

 Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee adalah:

  • Purple carrot
  • Muscadine grape
  • European Elderbery
  • Japanese Knotweed

Di dalam tumbuh-tumbuhan di atas terdapat campuran 16 jenis polifenol dan salah satu bahan utamanya adalah Resveratrol yang mempunyai antioxidant yang jauh lebih tinggi.

Resveratrol dirujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.

Berdasarkan kajian klinikal dijalankan, Resveratrol sangat membantu untuk memelihara sel DNA yang rosak kesan daripada radikal bebas.

Muscadine grape

shaklee vivix - muscadine grape
  • Sejenis anggur yang lain daripada anggur lain kerana mempunyai extra kromosom. Extra kromosom ini membantu menyihatkan sel-sel manusia yang rosak serta betulkan kerosakan genetik.
  • Muscadine grape ini baik untuk kesihatan jantung. Membantu salur darah sentiasa sihat & tidak tersumbat.
  • Kaya dgn antioksidan yang melawan radikal bebas.
  • Kaya dengan RESVERATROL. Resveratrol membantu melindungi badan daripada kolestrol melekat di badan.

Purple Carrot

vivix shaklee - purple carrot
  • Merupakan salah satu daripada superfood
  • Mempunyai Astaxanthin dan Anthocyanin dan kaya dgn antioksidan.
  • Warna ungu pada carrot mempunyai pytochemical yang sgt bagus utk kesihatan manusia.
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan penglihatan yang sihat
  • Meningkatkan keanjalan salur darah

Japanese Knotweed

vivix shaklee - knotweed
  • Mempunyai bahan yang sangat bagus untuk kesihatan perut.
  • Melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.
  • Bantu merendahkan tekanan darah tinggi.
  • Bantu menyihatkan sel pankreas pesakit diabetes dan bantu penghasilan insulin semulajadi.

European Elderberry

vivix shaklee - european elderberry
  • Sangat bagus utk kesihatan pernafasan
  • Meningkatkan kesihatan sistem imun badan
  • Bantu lawan selesema, demam dan serangan influenza.
  • Mengandungi Ellagic Acid yang bertindak membantu melawan kanser dan jankitan virus/bakteria.

Bagaimana Polifenol bertindak.

Khasiat polifenol dalam vivix bertindak :-

1. sebagai anti radang

Bantu kurangkan masalah keradangan seperti jerawat di kulit, keradangan dalam organ atau sel badan. Membantu mengurangkan risiko penyakit kanser menjadi lebih serius.

2. Membaiki dan melindungi sel badan

Vivix dapat membantu memerlahankan kadar kerosakan sel dalam badan akibat daripada radikal bebas. Sel dalam badan juga dapat dilindungi oleh Resveratrol dan Polifenol daripada mengalami kerosakan.

3. Melambatkan proses penuaan

Hasil kajian klinikal menunjukkan Vivix mampu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang bertindak melambatkan penuaan tahap sellular. Vivix membantu membaiki sel badan dari peringkat DNA, jadi Vivix adalah supplemen anti-penuaan terbaik.

4. Membantu melambatkan proses penghasilan protein AGE

Ramuan Vivix yang mempunyai antioxidant yang sangat tinggi bantu melambatkan penghasilan AGE (Advanced Glycation End Product). AGE terhasil akibat lebihan gula dan protein. AGE sangat bahaya kerana ia mampu merosakkan sistem tubuh badan manusia. AGE juga adalah antara faktor utama kepada masalah penyakit kronik.

5. Membantu mengawal paras gula dalam darah

Karbohidrat yang diambil apabila dicerna akan menghasilkan gula yang bertindak memberi sumber tenaga kepada badan kita. Namun, sekiranya pengambilan karbohidrat dan gula adalah dalam kuantiti yang banyak, ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Vivix mengandungi kandungan polifenol yang tinggi didapati daripada anggur muscadine yang bantu melambatkan proses pencernaan karbohidrat dalam badan sekaligus mengurangkan risiko peningkatan paras gula dalam darah.

6. Menyokong kesihatan jantung dan membantu masalah penyakit strok

Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi yang bertindak membantu mengurangkan potensi mendapat penyakit jantung dan darah tinggi. Reveratrol dapat mebantu menurunkan jumlah kolestrol LDL, lemak, dan trigliserida di dalam badan serta membantu meningaktkan kolestrol HDL dalam darah.Resveratrol juga membantu menurunkan kepekatan darah sekaligus mengurangkan risiko terjadinya pembekuan darah. Resveratrol melindungi salur darah daripada proses pengoksidaan yang membantu mengurankan pembentukan plak.

7. Mengurangkan risiko kerosakan mata dan mempercepatkan proses penyembuhan luka

Kandungan Polifenol Anthocyanins di dalam Vivix bertindak membantu dalam membaiki masalah penglihatan dan mempercepatkan penyembuhan luka.

untuk lebih jelas bagaimana polifenol dalam vivix bertindak sila tonton video :-

Kenapa Kita perlukan khasiat polifenol

Vivix untuk kesihatan- Siapa yang perlu amalkan vivix

Vivix perlu dijadikan amalalan untuk semua :-

  • Individu menghidap penyakit jantung
  • Individu menghidap tekanan darah tinggi
  • Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
  • Individu menghidap kencing manis (diabetes)
  • Individu menghidap atau pernah di serang strok
  • Individu yang mempunyai ketagihan merokok
  • Individu menghidap masalah mata (rabun dan katarak)
  • Warga Emas yang menghidap insiden nyanyuk atau alzheimer
  • Individu yang mementingkan kesihatan keseluruhan dan anti penuaan
  • Individu yang mempunyai risiko menghidap kanser ( kanser serviks, rahim, prostat, darah dan sebagainya)
  • Individu yang mempunyai masalah hormon seperti cyst, fibroid dan sebagainya

Hebat tak khasiat polifenol yang terdapat dalam vivix.

Rasa – rasanya perlu tak kita semua amalkan vivix.

kalau kita sayangkan diri kita jaga la kesihatan kita bermula dari kesihatan sel badan kita .

Sihat dalaman insyaallah luaran pun akan sihat .

Boleh baca juga perkongsian kak Tim sebelum ini

Penuaan sihat dengan vivix

kulit cantik dengan vivix

kawal ketidak seimbangan hormon dengan vivix.

Berminat nak dapatkan info tentang vivix

Berminat nak amalkan vivix

Boleh hubungi kak Tim ditalian 0125197428

Kak Tim Pengedar sah dan pengamal tegar vivix shaklee sejak 2016

#ShakleeMegaBlog2023

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeBusinessLeader


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge