Pelbagai Petua hilangkan jeragat

Penulisan Dari hati kak Tim 20 June 2023.

Assalammualaikum salam sejahtera

Penulisan Kali ini kak Tim nak berkongsi tentang petua hilangkan jeragat

Wanita sangat sensitif dengan masalah jeragat

Ramai dikalangan wanita mempunyai masalah jeragat akan berusaha mencari solusi untuk masalah jeragat Yang dihadapi

Ada Yang sanggup berhabisan Wang untuk rawat masalah jeragat mereka.

Percaya la ramai yang mengalami kemurungan pun asbab masalah kulit berjeragat.

Sebelum Kak Tim kongsikan petua rawat jeragat Cara mudah kita kena tahu serba sedikit tentang masalah kulit Yang dipanggil jeragat ini.

Apa itu Jeragat.

Jeragat ialah tompok – tompok kecil yang memenuhi bahagian muka kita seperti dahi, pipi , hidung dan kawasa sekitar mulut .

Tompok – tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari dari warna kulit asal.

bila kulit berjeragat akan menyebabkan tona kulit jadi tidak sekata dan lebih ketara terutama pada yang berkulit cerah.

pada yang berkulit gelap pula jeragatnya berwarna hitam .

Jeragat bermula dengan tompok kecil sekiranya tidak dirawat ia kan menjadi tompokan yang lebih besar .

Dan tona kulit akan jadi lebih teruk . Sebaiknya rawat sebelum melarat.

Punca Jeragat

Punca utama jeragat
  • Sinaran Matahari

Sinar matahari mengandungiSinar UB A&B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.

UV A merosakkan sel bawah kulit UV B pula menyebabkan kerosakan sel luar kulit.

untuk mengawal dan menghilangkan masalah jeragat ini punca utama jeragat mesti diatasi .

kesan sinaran UV penyebab utama pigmentasi / jeragat jika dibiarkan boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

  • Kehamilan

Wanita hamil berisiko mengalami masalah kulit ini disebabkan oleh perubahan hormon semasa tempoh kehamilan dan jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang dihadapi.

Sekiranya bernasib baik selepas melahirkan jeragat akan pudar sekirany kurang bernasib baik jeragat akan terus kekal bearada dikulit wajah ibu – ibu.

  • Rawatan Hormon

kajian menunjukkan rawatan hormon yang mengandungi hormon oestrogen atau progestrone seperti pil perancang boleh memberi kesan sampingan kulit berjeragat pada pengamalnya .

10 – 25% wanita yang ambil pil perancang mudah dapat kulit berjeragat .

Sebaiknya elak pengambilan pil hormon secara berpanjangan ataupun cuba kaedah lain untuk jarak kehamilan.

  • Ubat – ubatan

Ada sesetengah jenis ubatan yang memberi kesan sampingan pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel kulit baru yang aktif pun merupakan punca jeragat.

  • Wangian

Pewangi badan, sabun wangi dan komestik yangmempunyai wangian menyebabkan tindak balas phototoxic juga merupakan punca terjadinya jeragat.

Sebaiknya pilih produk kecantikan/ komestik berasaskan sumber semulajadi dan tiada bauan wangi yang ketara .

  • Hypothyroidism

Paras hormon tiroid yang rendah juga penyebab jeragat .

  • Stress

Stress boleh menganggu kestabilan hormon secara tak langsung ia juga merupakan punca jeragat terjadi.

kawal stress ,banyakkan bertenang Dan lakukan aktiviti riadah untuk kurangkan stress .

  • Genetik

Faktor keurunan menjadikan risiko mendapat jeragat lebih tinggi , pada ahli keluarga yang berisiko perlu lebih prihatin bab jagaan kulit wajah , elak faktor – faktor penyebab , pilih produk jagaan kulit yang lebih selamat .

Petua hilangkan jeragat cara tradisional

Terdapat pelbagai petua tradisional untuk rawat masalah jeragat yang boleh dicuba antaranya :-

  • Aloe vera

Ramai yang tahukan Aloevera sangat bagus untuk merawat masalah kulit, malah ramai founder – founde produk kecantikan menggunakan aloera sebagai bahan campuran daam produk mereka.

Daun aloevera ini boleh disapukan ke kulit wajah begitu sahaja tai pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu dan kulit wajah kita pun dibersihkan juga

caranya sapukan gel aloevera , biarkan ia kering kemudian bilas menggunakan air suam.

  • Teh hijau

Teh hijau merupakan sumber antioksidan yang bagus untuk singkirkan toksid badan, bagus untuk kesihatan tubuh juga bagus untuk merawat masalah jeragat .

caranya campurkan serbuk teh hijau dengan air bersih dan sapukan ke wajah biarkan kerig dan bilas dengan air suam dan lap kering dengan tuala bersih.

Pastikan guna serbuk teh hijau yang original.

  • Kuit kayu manis

kulit kayu manis amat berguna dalam menyokong penjanaan kulit semula. 

Campurkan kulit kayu manis dengan 3 sudu besar madu. Madu merupakan antibiotic semulajadi yang boleh membantu melembapkan kulit wajah kita. 

Sapukan campuran pes tersebut ke bahagian jeragat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilaskan muka menggunakan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih.

  • Lemon

 Lemon mengandungi asid dan vitamin yang mampu menghapuskan jeragat yang degil. 

Sapukan sahaja di bahagian yang berjeragat, kemudian basuh muka menggunakan air sejuk.

  • Putih telur

Telur merupakan sumber protein yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit , ramai yang menggunakan putih telur untuk dijadikan masker

Putih telur juga bagus untuk menegang dan memutihkan kulit wajah .

Petua hilangkan jeragat dengan lebih berkesan.

Selain menggunakan kaedah tradisional pelbagai lagi cara yang lebih effektif boleh dilakukan untuk hilangkan jeragat antaranya :-

  • Mengamalkan antioksidan

Sinaran Uv , pil hormon, ubat – ubatan dan wangian komsmetik merupakan radikal bebas yang menjadi punca masalah kulit berjeragat .

Pengambilan pemakanan tinggi antioksidan bertindak melawan radikal bebas , yang merosakkan kulit dan menyebabkan terjadinya jeragat.

Antioksidan akan menghalang kerosakan sel dan merawat kerosakan sel dari terus parah.

Antara kesan antioksidan terhadap kulit ialah :-

  1. Menghilangkan Jeragat dan kesan penuaan
  2. Menghalang kerosakan sel pada kulit wajah
  3. Memperlahankan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat .
  4. Memperlahankan Kehilangan kolagen dalam kulit
  5. Menegangkan kulit wajah
  6. Mencerah dan menyegarkan kulit.
  • Stabilkan hormon ( punca jeragat)

Majoriti wanita yang mengalami masalah kulit adalah disebabkan masalah hormon yang tidak stabil .

Dan ada yang tidak sesuai dengan rawatan pil hormon .

Kak Tim amalkan ResvVix untuk masalah ketidakseimbangan hormon secara tak langsung merawat masalah jeragat.

  • Mengamalkan protein

Protein membantu mengurangkan kesan hitam ( kulit mati akibat jeragat )

Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.

untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mengamalkan sumber protein yang baik.

Jus epal hijau ESP.
  • Tingkatkan pengambilan kolagen

Makin meningkat usis kita , penghasilan kolagen makin berkurangan.

Apabila kolagen berkurangan masalah jeragat akan lebih teruk

nak dapatkan kesan yang lebih cepat sebaiknya amalkan kolagen secara konsisten.

  • Amalkan produk jagaan kulit bebas kimia .

salah satu punca jeragat adalah salah guna produk , bukan semua produk yang terdapa di pasaran berasaskan sumber semulajadi .

jadi hati – hati membeli pastikan pilih produk jagaan kulit yang lebih selamat dan semulajadi.

Youth skin care .

Setakat ini sahaja petua – petua yang dapat kak Tim kongsikan

Moga dengan petua – petua yang kakTim kongsikan dapat membantu sahabat – sahabat kak Tim yang mengalami masalah jeragat untuk kembali cantik dan mempunyai kulit wajah yang sihat.

Petua tradisional bahannya mudah didapati tetapi memerlukan kesabaran dan kekal konsisten .

Sekiranya nak dapatkan kesan yang lebih cepat dan effektif terbaiknya gabungkan jagaan dalaman dan luaran.

Dalaman amalkan pengambilan pemakanan tinggi antioksidan dan vitamin antioksidan seperti vitamin c dan vitamin E .

Dan luaran rajin – rajinkan diri jaga kulit muka , cuci muka sekurang – kurangnya 2 kali sehari.

Sekiranya kerap terdedah pada sinaran matahari, pastikan memakai krim perlindungan matahari.

Youth spf 50 pilihan kak Tim.

Selepas memasak terutamanya kulit akan berminyak , pastikan selepas masak cuci kulit muka dengan pencuci muka bebas kimia.

youth cleanser pilihan kak Tim

Kak Tim doakan sahabat – sahabat kak Tim yang mengamalkan petua yang kak Tim kongsikan kembali cantik berseri.

Berminat nak dapatkan info tentang jagaan kulit serta produk – produk shaklee yang kak Tim amalkan .

boleh hubungi kak Tim

TrustedShaklee Distributor sid no 1229987

Hp no 0125197428

#ShakleeBusinessLeader

#ShakleeMegaBlog

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge