Penulisan Dari hati KakTim 18 June.
Assalammualaikum salam sejahtera
Penulisan dari hati kali ni kak Tim akan kongsikan beberapa amalan gaya hidup sihat yang kita patut jadikan ikutan untuk kita kekal sihat dan capai tahap penuaan yang sihat .
Perkongsian Kak Tim sebelum ni tentang penuaan sihat ( boleh baca disni )
Amalan gaya hidup sihat memang dari azali dah jadi amalan Nabi kita.
Amalan Gaya hidup Sihat cara Rasulullah

Bila kak Tim terbaca tentang amalan gaya hidup sihat yang baginda Rasulullah s.a.w amalkan kak Tim percaya kita semua pun boleh kekal sihat macam baginda Rasulullah s.a.w sekiranya dijadikan ikutan.
Amalan yang sangat praktikal serta mudah diikuti .
Sebahagiannya dah memang merupakan amalan harian kita pun , cuma kita je tak perasan.
Bila sebut je amalan gaya hidup sihat , ramai beranggapan nak kekal sihat, cergas dan cantik mesti kena amalkan diet yang sihat disulami dengan senaman secara konsisten .
Amalan gaya hidp sihat cara Rasulullah adalah amalan gaya hidup sihat yang memenuhi dari semua aspek iaitu kesihatan mental dan fizikal.
Kak Tim percaya untuk kita kekal sihat mental dan fizikal perlu selari
kak Tim notis bila kak Tim stress memikirkan bebanan kerja dan masalah keluarga kak Tim lebih mudah atuh sakit dan hilang fokus menjaga kesihatan diri.
Jika ia berlarutan akan memudaratkan diri sendiri.
Amalan gaya hidup sihat kesihatan fizikal gaya Rasulullah s.a.w
- Rasulullah sentiasa menjaga kebersihan diri Sentiasa bersih dan rapi , Setiap khamis atau jumaat , baginda akan mencuci rambut , memotong kuku , bersikat dan berwangian .
” Mandi sunat jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa , demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum – haruman”(HR Muslim)
- Rasulullah tidak makan berlebihan , makan sekadar kenyang , dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda , Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiganya lagi untuk makanan .
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
- Ibadah Puasa Rasulullah
Selain berpuasa pada bulan Ramadan yang merupakan satu kewajipan bagi sekalian umat Islam. Baginda s.a.w. juga dikenali seorang yang berpuasa secara tetap pada setiap minggu.
Antara amalan Nabi s.a.w. ialah berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis.
Puasa pada hari ‘Ayyamul Bidh’ atau hari-hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 pada setiap bulan Hijriyyah. Ini tidak termasuk puasa Baginda pada hari-hari tertentu seperti puasa pada hari ‘Arafah (9 Zulhijjjah), puasa hari Tasu’a dan ‘Asyuura’ (9 dan 10 Muharram), puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain.
Selain merupakan satu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, puasa juga mempunyai faedah-faedah tertentu dari sudut kesihatan tubun badan. Perkara ini diakui sendiri oleh para saintis dan pakar kesihatan bahawa amalan berpuasa dapat membersihkan toksin yang terdapat di dalam tubuh seseorang.
Manakala menurut pakar kajian sains kesihatan dan sains pemakanan pula menyatakan bahawa kesan lapar pada ibadah puasa dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan untuk merawat penyakit yang disebabkan obesiti.
Selain itu, dengan berpuasa juga secara tidak langsung tubuh badah kita dapat mengawal kalori, karbohidrat atau kadar gula yang berlebihan. Atas sebab itulah, kita digalakkan untuk berbuka puasa secara sederhana dan tidak melampau, ini agar kesan positif pada tubuh badan yang diraih pada puasa tidak disesiakan dengan pemakanan yang melampaui batas ketika kita berbuka.
Sekarang ini Diet Intermittent fasting jadi pilihan ramai , diet IF adalah kesinambungan dari cara Rasulullah s.a.w menjaga kesihatannya.
Kak Tim pun menjadikan Diet intermittent fasting untuk mengekalkan berat badan dan kekal sihat.
- Rasululllah menjaga kesihatan diri dengan rajin berjalan kaki.
Rasululullah berjalan kaki kemasjid , pasar dan medan jihad dan mengunjungi rumah paras sahabat.
Dengan berjalan kaki tubuh akan berpeluh dan merembes keluar toksid badan serta menggalakkan peredaran darah yang lancar.
Peredaran darah yang lancar baik untuk kesihatan jantung .
Kita memang disarankan berjalan kaki minimum 6000 step sehari untuk jantung yang sihat.
- Senaman cara Rasulullah melalui amalan solat.
Rasulullah s.aw sering bersolat malam dengan jangka waktu yang sangat lama. Maka tidak hairanlah, isterinya Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. solat sehingga bengkak-bengkak kakinya. Pastinya ini tidak dapat dilakukan oleh seseorang kecuali Baginda seorang yang sangat cergas dan sihat fizikal tubuh badannya.
Solat malam Rasulullah khususnya mempunyai rutin qiyam (berdiri) yang sangat lama dan panjang. Hal ini jelas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah bin al-Yaman dalam kitab ‘Sahih Muslim’ yang menyatakan bahawa Baginda bersolat malam dengan rakaat pertamanya akan dibaca sehingga ayat ke-100 daripada surah Al-Baqarah sebelum ruku’.
Baginda Kemudian menyambung lebihan ayat daripada surah al-Baqarah, dan disusuli pula dengan surah An-Nisa’ dan Ali ’Imran pada rakaat kedua. Bayangkan berapa lama solat Baginda ini? Pastinya ia tidak kurang dari dua jam atau lebih!
Begitu juga dengan ruku’ Rasulullah. Nabi s.a.w. juga pernah disebutkan dalam sebuah riwayat bahawa Baginda ruku’ ketika solat malam selama membaca surah Al-Baqarah sebelum membaca tasbih berikut:
سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ وَالْمَلَكُوتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ
“Maha Suci Zat yang mempunyai hak memaksa dan kekuasaan serta yang memiliki kesombongan dan keagungan.” [Muslim]
Bayangkanlah betapa lama ruku’ Rasulullah ketika solat malam? Bayangkan panjangnya surah Al-Baqarah sebanyak 286 ayat dan merangkumi lebih dari 2 juz dan hampir 50 lembaran.
Seperti yang kita maklumi, solat itu sendiri padat dengan senaman dan pada setiap perbuatannya mempunyai kebaikan-kebaikan pada anggota tubuh badan, urat serta perjalanan darah kita.
Dalam buku ‘Seindah Solat Nabi’ memetik kajian beberapa profesor di Universiti Malaya melalui buku mereka; ‘Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ bahawa posisi ruku’ dalam solat memastikan tulang belakang dalam keadaan baik, manakala pergerakan yang dilakukan pula dapat mengembalikan fungsi otot seperti sediakala, serta dapat digunakan sebagai terapi rawatan sakit pinggang.
Kedudukan ketika ruku’, sujud dan duduk tahiyat dalam solat pula mampu memberikan kerehatan kepada jantung, dengan kadar denyutan jantung direkodkan lebih rendah berbanding ketika kedudukan berdiri. Dengan itu digalakkan seseorang itu memanjangkan tempoh sujud kerana ia bakal menghasilkan kadar denyutan jantung yang lebih rendah.
Dengan demikian mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan untuk sujud lebih lama dan kerap bagi mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan kadar tekanan darah. Ini kerana kajian menunjukkan lebih banyak darah dapat mengalir ke otak. Sementara dinding dan urat-urat nadi otak dapat menerima lebih banyak darah berbanding dalam keadaan biasa.
Otak juga akan bertambah sihat dan cergas serta mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Dengan itu, posisi sujud sangat baik untuk memperolehi kadar denyutan yang sihat, memanjangkan hayat jantung serta dapat menghindarkan pengecilan saluran darah yang membawa kepada penyakit yang bersangkutan dengan arteri jantung.
Sekarang kita dah tahukan kaitan antara solat dan kesihatan Rasulullah s.a.w.
Sebab tu kita digalakkan perbanyakkan solat sunat bukan sekadar ibadah tuntutan tapi memberi impak kepada kesihatan kita juga.
Amalan gaya hidup sihat mental dan emosi cara Rasulullah.

- Rasulullah selalu bangun awal sebelum masuk waktu subuh .
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunat , solat fardhu secara berjemaah .
Hikmah dari bangun sebelum waktu subuh dan mandi awal waktu badan akan berasa lebih segar bagus untuk kesihatan fizikal dan mental.
- Rasulullah seorang yang sabar tidak mudah marah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Emosi yang mudah marah tidak bagus untuk kesihatan kita juga
Dalam keadaan marah tekanan darah akan naik tak bagus tau untuk kesihatan jantung
Hebatnya Rasululullah s.a.w Kan.
Memang patut dijadikan ikutan kita semua untuk kita kekal sihat mental dan emosi.
Bila nak marah tu banyakkan beristighfar dan sentiasa ingat Allah dan Rasul.
Insyaallah akan reda marahnya serta kurang tekanan jiwa.
- Rasulullah bersikap optimistik
sikapnya yang sentiasa sabar, redha Dan tawakkal atas segala ujian dan dugaan bijak mengawal emosi asbab Rasulullah jarang menghadapi tekanan.
Sebab tu Rasullah jarang sakit.
kalaula Kita diberi kekuatan emosi seperti Rasulullah insyaallah Kita pun Akan jarang sakit.
- Rasulullah seorang Yang tidak pernah iri hati.
Iri hati ,hasad dengki merupakan penyakit Hati Yang boleh membawa kepada kesesatan Dan kemudaratan.
sifat sebegini tiada pada Rasulullah s.a.w
hatinya suci dan ikhlas sentiasa bersangka baik.
sebab itu la hidupnya tenang walaupun pelbagai tohmahan Yang dilemparkan kepada baginda.
- Rasulullah seorang Yang pemaaf
walaupun pelbagai ujian Dan tohmahan Yang dilemparkan kepada baginda , tidak pernah sekali pun baginda bertindak membalas malah baginda mengampunkan segala perilaku jahat terhadapnya
Sangat tenang Rasulullah s.a.w
Moga Kita semua diberi sifat Yang lembut Dan pemaaf sebagaimana Rasul kesayangan Kita Kan.
Kesihatan mental Dan emosi mempengaruhi tahap kesihatan Kita semua
Sakit jiwa sakit mental maka sakit la fizikal.
Siapa la Kita untuk dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w
Tapi Allah anugerahkan Kita semua dengan akal Dan fikiran yang sihat.
Yang boleh memikirkan Hala tuju kehidupan .
fikir baik dapatnya baik .
fikir tak baik maka buruk padahnya
Sebelum memudaratkan kesihatan jadikan la amalan Gaya hidup sihat cara Rasulullah s.a.w sebagai ikutan.
Insyaallah moga Kita semua jarang sakit sebagaiman baginda Rasul.
Moga perkongsian kak Tim Kali ni memberi sedikit sebanyak panduan buat kak Tim sendiri Dan sahabat-sahabat kak Tim Yang sudi membaca penulisan Dari hati .
#SihatUntukIbadah
#SihatCaraRasulullah
#ShakleeMegaBlog
#ShakleeThrive
#ShakleeTriumph
Leave a Reply