Vivix Dan Resv Pilihan kak Tim kearah Penuaan Sihat.

Penulisan Dari hati kak Tim 15.June.2023

Assalammualaikum salam sejahtera salam kesyukuran.

Perkongsian kali ini kak Tim akan kongsikan tentang cara hidup yang sihat yang perlu kita semua amalkan kearah penuaan sihat.

Maklum la dah masuk usia 40 series dah patut bersedia dengan kehadiran fasa menopos dan fasa penuaan.

Apa itu Penuaan

Mengikut kamus kesihatan, penuaan adalah merujuk kepada sel-sel tubuh badan manusa yang semakin berusia seiring dengan pertambahan usia.

Penuaan sel menyebabkan sel-sel mula rosak dan akhirnya mati.

Bila lebih banyak sel-sel mati, sistem dalam badan kita tidak dapat berfungsi secara optimum dan kita terdedah kepada risiko pelbagai penyakit.

Kesan penuaan juga akan mula kelihatan pada wajah dan tubuh badan kita.

Terutama pada wanita penuaan cepat terjadi apabila masuk fasa pre dan pos menopos dan berisiko tinggi mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung dan kanser.

Terdapat banyak teori punca berlakunya penuaan sel. Tetapi, para saintis telah merumuskan terdapat empat punca utama penuaan pada tahap sel :

  1. Kerosakan DNA : setiap hari sel-sel badan kita diserang oleh radikal bebas sehingga menyebabkan kerosakan pada DNA. Ditambah pula dengan pembiakan sel yang tidak betul dan faktor-faktor alam sekitar seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin menambahkan lagi kerosakan pada sel DNA. Bila berlakunya kerosakan DNA, fungsi sel tersebut terjejas dan akhirnya mati.
  2. Pengawalan genetik : pengawalan genetik fungsinya mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pembaikan sel. Semakin berusia, pertahanan semulajadi badan kita dan keupayaan untuk perbaiki sendiri kerosakan sel berkurangan. Kesannya kerosakan sel meningkat secara semulajadi.
  3. penurunan kecekapan sel mitochondria : Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Dari masa ke semasa, kecekapan mitochodria menurun, sel tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai tisu dan organ yang sihat.
  4. Penimbunan protein Advanced Glycation End Product (AGE) : penimbunan protein AGE menyebabkan kerosakan tahap selular yang mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Apa itu Penuaan sihat

Menurut definisi yang telah diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Proses penuaan secara sihat adalah apabila seseorang itu boleh bersosial dengan rakan-rakan, mengekalkan hubungan dan menyumbang kepada masyarakat walaupun usia mereka semakin meningkat .

Serta bebas dari penyakit – penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser , kegagalan buah pinggang dan lain- lain penyakit berbahaya.

Vivix Dan ResV Pilihan tepat Kearah penuaan sihat.

kearah penuaan sihat.

Untuk kekal sihat diusia warga emas satu masa nanti , kita perlu bermula dari usia muda sebelum datangnya sakit- sakit berbahaya sebaiknya kita cegah.

Petua untuk menghadapi hari tua yang sihat

  • Makan makanan yang betul dan seimbang – kurangkan pengambilan makananan tinggi gula dan garam, makan makanan yang berkhasiat seperti makanan yang mengandungi zat pottasium , kalsium, vitamin D, vitamin B12, mineral dan serat diet setiap hari.
  • Sentiasa Bergerak – seperti berjalan – jalan (brisk walk) paling minimun 30 minit sehari ataupun 6000 step sehari . Aktiviti senaman dan berjalan – jalan akan memastikan darah mengalir, otot bergerak, sendi sihat dan tulang mampat kurang risiko osteoporosis pada usia emas.
  • Pemeriksaan secara tetap – merupakan perkara penting untuk menghadapi hari tua yang sihat. Berjumpa doktor dan dan membuat pemeriksaan kesihatan sekurang – kurangnya setahun sekali bagi memastikan kita dalam keadaan sihat , sekiranya terdapat abnormaliti pencegahan awal boleh diambil.
  • Tidur yang secukupnya – tabiat tidur yang sihat amat penting untuk tenaga mengekalkan tahap kesihatan . Tidur yang tidak berkualiti boleh menyebabkan penuaan lebih cepat dari usia dan mudah mendapat sakit.
  • Keluar dan bersosial – Pada usia emas , libatkan diri dengan aktiviti komuniti yang positif seperti menghadiri majlis – majlis ilmu dan bertemu dengan rakan- rakan ( me Time) agar dapat menyihatkan minda dan kekal cergas serta bersemangat.
  • Pastikan mental sihat – pastikan otak aktif dan badan sihat , banyakkan membaca bahan bacaan yang membina minda serta melibatkan diri dengan sukarelawan yang membolehkan kita bergerak aktif dan minda cergas.
  • Amalkan pengambilan supplemen dan vitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh dan membaiki sel – sel tubuh yang rosak.

Vivix dan ResV supplemen pilihan kearah penuaan sihat.

Selain daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat , kak Tim percaya dengan mengamalkan supplemen antioksidan membantu kak Tim kearah penuaan sihat .

Vivix dan Resv mengandungi gabungan resveratrol dan polifenol yang boleh meneutralkan radikal bebas untuk melambatkan proses penuaan pada peringkat selular.

khasiat polifenol yang terdapat dalam vivix dan Resv , membantu melambatkan proses penuaan dan membawa kepada kehidupan yang lebih lama dan sihat.

Khasiat polifenol membantu sel – sel tubuh menjadi sihat.
4 mekanisme polifenol berfungsi terhadap penuaan sihat.
  • Melindungi dan memperbaiki DNA daripada tekanan oksidatif dan juga membaikinya .
  • Memberikan tenaga kepada sel – sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi sel .
  • Membantu Mempertahankan sel.

Bagaimana vivix bertindak sebagai Antipenuaan.

Untuk kesan yang lebih cepat dan lebih baik kak Tim gabungkan vivix dan resv , setiap pagi kak Tim amalkan Vivix satu sudu dan ResV dua biji setaip malam sebelum tidur .

Dalam keadaan tubuh sedang berehat semasa tidur , memudahkan lagi proses pembaikian sel – sel dalaman.

vivix bertindak mengawal kerosakan sel manakala Resv bertindak membaiki sel -sel yang rosak .

Alhamdulillah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan vivix dan Resv sebagai rutin harian, pada usia 45 tahun kak Tim bebas penyakit kritikal dan kekal cergas melakukan tugas harian kak Tim sebagai work at home mom.

harapan kak Tim sekiranya diizinkan Allah umur panjang, kak Tim kekal sihat dan cergas diusia warga emas .

Insyaallah.

Moga dengan perkongsian kak Tim kali ini memberi idea kepada sahabat – sahabat yang membaca bersama – sama berusaha kearah penuaan yang lebih sihat dan cergas.

Sekiranya berminat nak amalkan Vivix dan Resv boleh hubungi kak Tim.

Berita baik bulan ini Vivix dan ResV boleh dibeli dengan harga promo .

hubungi kak Tim untuk dapatkan info lebih jelas tentang promo Resv Vivix

#ResVixAntiaging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeThrive2023

#KursusSpaMurah#SpaShaklee#MobileSpa#MobileSpaMalaysia#KelasSpaOnline

Fatimahanizan Sid 1229987

Shaklee trusted distributor

Shaklee business Leader

Shaklee Ipoh Perak

Hp no 0125197428


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge