Penulisan Dari hati kak Tim .
Alhamdulillah thank you Allah, atas segala nikmat Yang diberikan.
Nikmat masa nikmat kesihatan untuk kak Tim terus berbicara diruangan penulisan dari hati .
kali ni kak Tim nak kongsikan kata-kata motivasi Yang memberi kekuatan kepada diri kak Tim sendiri untuk teruskan perjuangan hidup.
Kak Tim percaya setiap orang Ada ujian hidupnya masing-masing.
Ada Yang diuji dengan kesihatan
Ada Yang diuji dengan kekangan kehidupan
Ada yang diuji dengan masalah keluarga
Ada yang diuji dengan masalah rumah tangga
Ada yang diuji dengan masalah ahli keluarga ibu bapa dan Adik beradik.
Ada yang diuji dengan masalah rakan sekerja
Ada yang diuji dengan superior
Mudah cerita tak de siapa pun Akan terlepas dari ujian Allah.
Ujian tanda kasih sayang Allah
Kak Tim pernah dengar satu ceramah Dari sorang ustaz diradio IKIM ..
” Katanya dunia ni memang Medan ujian, dan setiap ujian itu hanya dengan izin Allah”
Bagaimana kita menerimanya dan redha dengan setiap ujian Yang Allah berikan.
Dunia ini tempat untuk Kita menangis juga tempat Kita untuk bergembira.
Tujuan setiap ujian itu adalah untuk menguji kesabaran Dan keredhaan Kita sebagai hambaNya.
Serta kebergantungan hidup Kita padaNya .
kak Tim pernah diuji dengan pelbagai ujian.
Tapi biar la ianya jadi sejarah buat diri kak Tim
Dan anggaplah ia sebagai part of life and learning process.
Pernah satu ketika dikala kak Tim diuji dengan ujian yang agak berat..
Seorang sahabat pernah berkata pada kak Tim
Nak tau apa katanya..
“Ya Allah Tim, Allah nak bagi Tim permata berharga”
Masa ni kak Tim terkejut kenapa sahabat kak Tim cakap macam Tu Kan.
Walhal kak Tim Dalam keadaan Yang sangat sedih sangat down hanya Allah Yang tahu macam mana perasaannya Tu.
Bermula dari situ kak Tim mencari jawapan Kata – Kata sahabat kak Tim.
Melalui bahan bacaan ilmiyah , kuliah-kuliah agama dan program motivasi.
Alhamdulillah kak Tim jumpa jawapannya .
Nak tau apa …senang je jawapannya
Apa pun bentuk ujian Yang Allah bagi pada Kita
adalah tanda Allah ingin Kita kembali padaNya .
Mengadu dan meminta padaNya
Sesungguhnya setiap ujian Yang Allah beri adalah tanda Allah sentiasa ingat Dan sayang pada Kita insyaallah.

Kalau Allah sayang Kita kenapa Kita tak boleh sayang diri Kita sendiri betul tak.
Sampai bila Kita nak terbelengu dengan masalah Yang dihadapi.
Sebaiknya serahkan segalanya pada Allah.
Teruskan berdoa minta pentunjuk dan bantuan Dari Allah.
Kerana kesakitan itu Akan memudaratkan diri Kita juga.
Sejujurnya memang sukar melupakan kesakitan
Tapi Kita Ada akal Dan fikiran Yang Allah anugerahkan
kita ada tubuh badan yang cukup sifatnya yang Allah amanahkan pada Kita semua
kenapa Kita perlu sia – sia Kan .
Jagalah anugerah Allah sebaik mungkin.
” Sikap Kita ditentukan bagaimana kita melihat masalah itu ,jika Kita melihat masalah itu sebagai tempat untuk membangunkan diri Kita maka ia baik bagi Kita” ( Dato Dr Danial Zainal Abidin Dalam bukunya tip -tip cemerlang Dalam Al-Quran)
Sayangi diri Kita tanda syukur atas nikmat Allah.
kak Tim suka kata-kata Adik Manis ni betul- betul bagi inspirasi pada kak Tim
Untuk kak Tim lebih menyayangi Dan menghargai diri kak Tim.
“Untuk berjaya dalam setiap perkara yang kita lakukan , pertama sayangi dan hargai diri kita , jaga emosi dan jaga fikiran kita.
Jika kita berjaya menyayangi diri kita, kehidupan kita lebih tenang dan jika kita boleh kawal emosi kita dengan baik insyaallah tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini.
Kata – kata motivasi banyak memberi inspirasi pada kita semua, sekiranya kita ambil ia sebagai satu pedoman dan sebagai pendorong pada kejayaan hidup .
“ Sayangi Diri Kita“
#KeepHappyKeepHealthy
#LoveOurSelf
#ShakleeMegaBlog2023
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Leave a Reply