Penulisan dari hati kak Tim
Assalammualaikum salam sejahtera , salam syawal 26
lagi 4 hari je syawal bakal berlalu .
Best tak syawal 2023 .
Mesti best kan sebab kita dah bebas zarah menziarahi .
Pengalaman “facial Mobile spa”

Penulisan dari hati kali ni kak Tim nak kongsikan tentang pengalaman kak Tim sendiri sebagai pelanggan spa dan facial mobile spa .
Perkongsian sebelum ni kak Tim ada kongsikan tentang peluang jana pendapatan dengan melakukan part time facial mobile spa boleh baca disini .
“Me time” setiap orang berbeza , ada yang suka keluar outing dengan kawan – kawan.
“Me time” cara kak Tim adalah dengan manja – manjakan diri
kak Tim suka pergi ke spa – spa untuk terapi relaksasi diri.
Facial spa, urutan badan , bersauna dan berjakuzzi bestnya .
Tapi untuk dapatkan rawatan di pusat rawatan spa ni kita kena betul – betul ada masa yang sesuai dan bajet yang cukup .

Bagi yang takde masa sibuk bekerja facial mobile spa pilihan tepat.
Bagi yang kurang bajet Facial mobile spa pun pilihan yang menjimatkan.
Dengan hanya satu panggilan perkhidmatan mobile spa akan sampai kerumah kita.
Bezanya dengan pusat rawatan spa , facial mobile spa perkhidmatannya agak terhad , biasanya pakej mobile spa ada disertakan rawatan urutan badan.
Pengalaman mobile spa yang kak tim pernah gunakan setakat ni kebanyakannya memuaskan hati , mudah untuk kak Tim tak perlu lagi ke pusat rawatan spa dan pakejnya pun berbaloi dengan perkhidmatan yang diberi.
Kak tim pernah buat facial spa dan urutan satu badan dengan harga Rm120 sahaja berbaloikan.
Cuma kebiasaannya kak Tim akan tanya tentang produk yang mereka gunakan , sekiranya kak tim kurang yakin dengan produk yang digunakan kak Tim akan minta mereka menggunakan produk jagaan kulit kak tim sendiri .
Kebaikan melakukan facial spa
kak Tim suka buat rawatan facial spa sebab muka rasa best sangat rasa bersih dan segar .
sebab :-
1. Pembersihan lebih mendalam
Rawatan muka akan membantu dalam pembersihan yang lebih mendalam. Rawatan ini akan membantu menyingkirkan sebarang kotoran seperti sel-sel kulit mati, minyak yang berlebihan, toksin dan kotoran dari persekitaran harian anda.
Rawatan ini juga membantu menghapuskan sebarang bakteria yang boleh menyebabkan masalah kulit. Selain itu, rawatan facial muka juga bantu menyingkarkan blackheads dan whiteheads yang sukar disingkirkan. Jerawat yang terbentuk juga akan disingkarkan melalui kaedah tertentu.
2. Sebagai Anti-Penuaan
Rawatan muka turut membantu mengurangkan serta melambatkan proses penuaan dan menghalang terjadinya garis-garis kedutan.
Urutan wajah dengan krim anti-penuaan akan membantu meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen agar dapat meningkatkan penghasilan kolagen dan sekaligus meningkatkan keanjalan kulit anda.
3. Mengecilkan liang pori
Rawatan muka akan membantu mengecilkan liang pori yang terbuka serta membersihkan liang pori yang tersumbat yang mengakibatkan masalah kulit seperti jerawat.
Sesetengah pusat rawatan akan menawarkan beberapa kaedah dan pakej bagi rawatan ini.
4. Lebih tenang (relaks)
Urutan sangat baik untuk merehatkan kulit serta melegakan tekanan dan menyeimbangkan fikiran anda. Sama seperti tubuh anda, otot muka juga memerlukan urutan dan kebanyakan rawatan muka akan melakukannya.
Urutan tersebut akan merangsang vesel limfa dan menyahtoksin kulit anda, menjadikaan kulit kelihatan sihat dan muda.
Wangian masker yang digunakan akan memberi pengalaman yang menenangkan dan santai.
5. Bantu meremajakan kulit
Exfoliation atau pengelupasan, pengekstrakan, urutan, stim dan penggunaan mask semasa rawatan muka akan membantu meremajakan kulit, kulit lebih segar. Ini meningkatkan penampilan kulit, lebih bersinar, berseri dan seimbang.
Kesannya mungkin tidak akan kelihatan dalam tempoh yang singkat namun kesannya akan kelihatan dalam jangka panjang.
kalau rajin buat sendiri dirumah kesannya akan lebih cepat dan ketara .
kak Tim rajin juga melayan muka sendiri tapi tak sama la macam rawatan yang dibuat oleh yang bertauliah kita buat sekadar puas hati sendiri je.

Facial Mobile Spa dengan set jagaan kulit youth.
Kak Tim cerewet tentang pemilihan produk jagaan kulit .
Bukan pada usia sekarang tapi sejak zaman sekolah lagi.
Masa zaman sekolah menengah dah pandai nak melawa.
zaman dulu mana la tau tentang produk kecantikan ni , guna yang asli je.
kalau nak tau dulu masker kak tim buat sendiri tau.
kak Tim gunakan putih telur ayam kampung dicampur dengan tepung ubi dan perahan limau kasturi
Bila sapu kat kulit wajah best sejuk je tapi bila dah kering ia mengeras nak senyum pun susah.
kalau zaman dulu yakin la kan nak buat masker sendiri .
zaman sekarang ni susah nak percaya banyak sangat bahan campuran, lagipun dah ada banyak dipasaran produk semulajadi dan bebas kimia.
yang boleh diamalkan tanpa was- was.
Pilihan kak Tim dah tentunya Youth skin care keluaran shaklee.

Produk jagaan kulit youth shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi selamat digunakan.


Bukan kak Tim saja yang puas hati dengan produk youth , malah ramai yang berpuas hati .



Produk youth sesuai untuk semua jenis kulit sebab tu kursus bisnes facial mobile spa BOTG memilih youth skin care sebagai produk yang digunakan semasa rawatan diberi.
Produk youth terbukti selamat dan berkesan.
Kak Tim pengguna produk youth sejak ia dikeluarkan tak silap pada tahun 2018 masih setia hingga kini , takde sebarang komplikasi malah makin baik dari dulu.
Dulunya kulit kusam sekarang tak lagi alhamdulillah

Youth sesuai dengan kulit kak Tim
Untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik disiplin diri tu wajib kena rajin cuci muka minimun 2 kali sehari bangun pagi dan sebelum tidur dan bila terdedah dengan habuk dan kotoran .
Pilihan produk yang baik juga membantu kesihatan , jangan tersalah pilih produk satu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan produk yang menghakis kulit wajah
Pastikan produk bebas kimia ( free paraben )
Produk selamat dan ada kelulusan pihak yang berkuasa.
Jaga pemakanan , kurangkan pengambilan makanan berminyak.
kurangkan aktiviti outdoor terutama musim panas ni
kekalkan hidrasi kulit dengan cukupkan pengambilan air minimum 1-2 liter sehari kalau lebih lagi bagus .
Rajin – rajin makan buah – buahan dan sayuran , kalau tak konsisten amalkan pengambilan supplemen kesihatan dan kecantikan kulit seperti vitamin c dan vitamin e, boleh rujuk sini set kulit cantik shaklee.
kalau nak mendalami lagi ilmu kecantikan dan terapi facial spa boleh je sertai kursus bisnes facial spa BOTG.klik sini untuk info yang lebih jelas
Ok itu sahaja perkongsian pengalaman facial mobile spa kak tim dengan menggunakan youth sebagai produk jagaan kulit pilihan hati.
Berminat dengan kursus bisnes facial mobile spa BOTG dan youth skin care boleh je hubungi kak Tim ditalian 0125197428
Pengamal dan pengedar sah shaklee sejak 2016
#ShakleeBusinessLeader
#FacialSpaMurah
#KelasSpaOnline
#MobileSpaMalaysia
Leave a Reply