Penulisan dari hati Kak Tim
Assalammualaikum salam aidilfitri maaf zahir dan batin.
Alhamdulillah Aidilfitri kali ini lebih meriah dari raya – raya sebelum ini
Alhamdulillah tahun ni kita dah bebas dari SOP PKP.
Meriah la kan dah boleh kunjung mengunjung tanpa batasan.
kalau dulu masa PKP ada bilangan tertentu yang disyaratkan .
kalau dulu masa PKP ada jarak yang kita kena jaga
Bersalaman tidak dibenarkan apatah lagi peluk cium memang tak boleh la kan.
Ada had masa pulak tu …teringat kak TIm masa raya PKP dulu semua pun takut – takut nak beraya .
Masing – masing sibuk kita jaga kita .
Alhamdulillah tahun ini walaupun covid masih ada tapi kita disarankan jaga diri masing – masing , kalau tak sihat elak bersalaman dan dinasihatkan duduk dirumah.
kalau macam family kak Tim macam biasa kak Tim memang wajibkan suami dan anak – anak amalkan vitamin imun booster shaklee terutamanya bila nak keluar berziarah hari raya.
At least something from nothing betul tak.
konsep kita jaga kita perlu diamalkan walaupun kita dah bebas tak bermakna kita selamat 100%.

Meriahnya Raya Tahun 2023
Alhamadulillah raya tahun ini rezeki kami sekeluarga berpeluang ke studio photoshoot keluarga .
Memang impian kak Tim dari dulu nak bergambar satu family
Dengan izin Allah sehari sebelum raya kak TIm terbaca iklan di wasap group ” iklan ipoh- ipoh aje ” terjumpa pakej photoshoot yang amat berbaloi RM120 untuk 50 shoot .
Apa lagi kami satu keluarga berposing macam – macam gaya la kan.
Anak – anak teruna kak Tim la paling seronok , macam – macam gelagat mereka.



Meriahnya Hari Raya Open house bersama sanak saudara
Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga memang raya sakan .
Raya pertama dah jadi tradisi setiap tahun menziarah pak cik makcik dikampung halaman
Rezeki kak Tim suami pun orang sekampung halaman
Mudah la nak ziarah menziarahi pak cik makcik semua pun sekampung
Memang satu hari suntuk dari pagi ke malam beraya, letih memang letih tapi mengembirakan.
Hari raya kedua dah ada jemputan raya dirumah sedara sebelah suami.
Hari raya ke 3 giliran rumah kak Tim pula menerima tetamu saudara mara sebelah suami kak Tim datang beraya .
Sakan beraya sampai lupa ambil gambar .
Dari hari raya pertama hingga la raya ke 3 menyantuni adik beradik dan sanak saudara memang puas hati raya kali ini .
Raya ke 4 hingga raya ke 9 masa bersama keluarga tercinta( bonding time) , tahun ini kami sekeluraga berkesempatan jelajah raya pantai timur ( boleh klik link untuk baca best sangat tau.
Meriahnya Hari Raya Open house bersama sahabat.
Alhamdulillah Aidilfitri kali ini kak Tim dan keluarga menerima dua jemputan perkahwinan .
Syawal ke 8 jemputan perkahwinan di gombak selangor , perkahwinan anak rakan suami.
Syawal ke16 jemputan perkahwinan anak bongsu sahabat kak Tim .
bagus kan idea ni berkahwin dalam bulan syawal
kiranya 2 in 1 majlis la kan.
Majlis perkahwinan dan Hari raya open house.
kalau tengok menunya pun hidangan jamuan raya ketupat rendang disediakan.
Raya kali ini berkesempatan jumpa sahabat -sahabat masa kerja di pusat perubatan Arridzuan dahulu yang dah lama kak Tim tak jumpa.
Alhamdulillah Ikatan sillaturrahim terjalin kembali terima kasih Dr Roslina sudi jemput saya sekeluarga.


Meriahnya Hari Raya open house bersama jiran panorama perdana .
Alhamdulillah penutup syawal tahun ini berkesempatan menjadi tuan rumah sekali lagi untuk pot luck Raya jiran panorama perdana.
Kali terakhir Kami berkumpul sebelum pkp .
memandangkan Kita dah bebas tahun ni Kami sambung kembali tradisi Yang Lepas is


Budaya masyarakat melayu kita , ziarah menziarah dihari raya dah jadi satu kemestian
Dengan adanya budaya sebegini ikatan sillaturrahim sesama kita akan terjalin.
Rakyat Malaysia pernah diuji dengan kehadiran covid 19
Masa tu memang tak meriahkan
Raya dengan anak – anak sahaja , tak boleh pergi mana- mana hanya berhubung melalui zoom tak seronokkan.
Akan tetapi setiap perkara yang terjadi ada hikmah disebaliknya.
Semua orang lebih menghargai satu sama lain
Raya kali ni jalan raya dikampung sesak , pergi mana pun traffic jem
Nampak sangat qadha Raya Aidilfitri kali ini.
Alhamdulillah terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki darimu
moga ikatan sillaturrahim antara kami semua bertambah baik menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.
Boleh baca juga perkongsian sahabat kak Tim tentang Hari Raya open House mereka tahun ini meriah sangat tau.
Insyaaallah.
#ShakleeMegaBlog
#SHakleeThrive
#ShakleeThrive
Leave a Reply