Jelajah Raya Pantai Timur 2023 – shaklee Lovers

Penulisan dari hati Kak Tim

Alhamdulillah salam kesyukuran , raya aidilfitri kali ini kita semua difasa andemik takde lagi sekatan dan SOP yang perlu dipatuhi.

Meriah raya kali ini , cuti pun panjang anak- anak pun ada belaka.

Raya aidilfitri tahun ini Kak Tim sekeluarga berkesempatan jelajah raya pantai timur

Bermula dari hari raya ke 4 kami dah mula kan desinasi kami jelajah pantai timur .

bercuti sambil menziarahi sahabat dipantai timur Ad Hoc planning biasanya menjadi.

Dengan izin Allah semuanya berjalan lancar .

dari urusan booking penginapan dan perjalanan kepantai timur semuanya lancar .

Penat tapi puas hati.

Destinasi pilihan jelajah raya 2023

kami bergerak dari Ipoh pukul 10 pagi dan tiba ke gerik tengah hari , perut dah lapar masing- masing.

Suami kata ada satu port makan best di Gerik makan atas air katanya viral juga tempat tu.

tapi musim raya kan tak pasti buka ke tak , tapi kami terjah je ada rezeki ada la kan.

Alhamdulillah dengan izin Allah buka cafe nya memang rezeki kami la kan.

dapat la makan tengah hari atas air .

menu yang dihidangkan menu kampung memang kena la dengan selera orang kite.

castella cafe terletak di gerik ada homestay disediakan bagi yang ingin bermalam dan bercuti- cuti .

kami singgah makan je.

insyaallah ada rezeki next time kami datang menginap disini.

boleh google untuk info penuh castella cafe

selepas makan dan solat kami meneruskan perjalanan kami ke kota bharu kelantan.

tiba dibukit bunga berhenti sekejap untuk membeli minuman dan makanan ringan.

bukit bunga ada macam – macam jualan kalau tak kawal nafsu membeli tu mau penuh satu bonet kereta.

tak caya kome google la cari info pasal bukit bunga pantai timur

Apa lagi sikecik kak Tim rembat sekor bantal sotong tak sah kalau tak membeli satu toys disetiap perhentian.

selesai membeli minuman dan makanan ringan di bukit bunga kami teruskan perjalanan ke kota bharu.

Destinasi 1

Alhamdulillah lebih kurang pukul 6.30 petang kami sampai kota bharu

lega rasanya bila dah sampai perjalanan 8 jam juga maunya tak letih .

masjid Kota Bharu

kami bermalam di SAS D’Perdana Apartment Kota Bharu .

alhamdulillah apartment yang selesa berbaloi dengan bayaran lebih kurang Rm180 semalam.

sesuai la untuk kami 5 beranak.

Si Abam pencetus idea Jelajah raya pantai timur .

Idea jelajah raya ke panatai timur ni dari anak no 2 Kak Tim , dia teringin nak makan colek pantai Timur .

demi merialisasikan keinginan si Abam, akhirnya sampai juga, kami pun dah lama tak kepantai timur .

Alang – alang semua dah ada balik bercuti masa pun ada rezeki pun ada, dengan izin Allah apa la salahnya luangkan masa bersama keluarga bawa anak- anak cuti – cuti malaysia sambil jalan- jalan cari makan.

Makan- makan colek dipantai cahaya bulan.

dah alang- alang sampai kelantan singgah sebentar dikampung sahabat kak Tim berhari raya.

ziarah raya – rumah kak aya ( pengamal tegar shaklee)
Sibongsu kak tim suka main- main dengan kambing kak aya , jinak kambing belaan kak aya

kami singgah beraya tak lama sebab kami nak teruskan perjalananan ke terengganu pula.

dari kelantan ke Terengganu ambil masa 3-4 jam juga kata suami kak tim.

sebelum gerak ke terengganu singgah pasar siti khadijah

mencari serunding dan keropok ikan.

punya la panas cuaca dikelantan semasa kami disana , kak Tim memang pakai bb cream spf30 sunscreen protector dan memang minum banyak air .

Takut juga kalau dapat strok haba , perjalanan masih jauh ada dua lagi destinasi ke pantai timur .

Jalan – jalan juga kulit wajah wajib jaga.

Destinasi 2 Terengganu

walaupun banyak tempat menarik di kelantan yang kami boleh lawati tapi disebabkan kekangan waktu kami bergerak ke terengganu pada hari raya ke 5

Dari kota bharu ke terenganu perjalanan kurang lancar kenderaan banyak dan traffic jem di sesetengah laluan.

agaknya ramai yang dah balik kerumah masing- masing raya ke 5 kan.

kami tiba terengganu agak lewat check in rumah rehat pukul 8 malam

di terengganu kami menginap di Rareheart Guest House

rumah rehat yang agak unik tetapi selesa.

Harga berbaloi Rm190 semalam.

Tiba dah malam badan dah letih nasib rezeki kami rareheart guest house ni bersebelahan je dengan sebuah cafe western food .

Alhamdulillah tak perlu keluar mana – mana untuk dinner oder je makanan dihantar ke rumah rehat kami.

Apabila travel badan memang akan letih especially suami kak Tim dia yang drive sepanjang perjalanan kita co pilot je jika perlu baru kak Tim drive tapi tak drive pun kita kan mem duduk sebelah je jadi peneman setia.

Memandangkan kami sekeluarga vitamin lovers wajib ambil vitamin travel sepanjang percutian.

Coqtrol energy booster

Omega dan vitamin c imun booster

vitamin wajib ambil bekalan perjalanan untuk tingkatkan imuniti dan tenaga.

Esoknya kami check out awal untuk memulakan jalan – jalan sekitar terengganu
recommended guesthouse ( RareheartGuestHouse kuala Terengganu)

Bila sampai terengganu wajib cari keropok losong .

keropok losong terengganu sedap sebab isi ikannya banyak .

kami tanya orang terengganu mana yang sedap mereka cadangkan keropok losong Tokku

Memang sedap korang patut cuba .

keropok dah dapat kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya

Taman Monumen

Salah satu destinasi pilihan kak Tim dan keluarga ada Taman Monumen

cantik – cantik replika masjid merata dunia ada ditaman Ini

tiket masuk unuk kami berlima Rm96.00

tiket masuk monumen macam passport.

masa kami sampai cuaca hujan renyai kami pilih naik mini train yang disediakan Rm6 untuk seorang.

Hujan renyai – renyai boleh je bergambar.
Indah tersergam Taj mahal ambik feel dulu mana tau ada rezeki boleh melawat Taj Mahal yang betul – betul di india .

Taj Mahal dibina tanda cinta Raja Shah Jehan buat isterinya Mumta, baru tengok replika pun dah teruja belum tengok real Taj Mahal.

Tak jauh dari Taman monumen terletaknya masjid Kristal yang tersegam indah

rugi kalau tak sinngah .

Masjid Kristal Terengganu

cantikkan masjid kristal.

Destinasi kali ini kami pilih tempat – tempat tertentu sahaja untuk dilawati

masa itu emas kan.

Destinasi 3

kami bergerak ke destinasi seterusnya cherating kuantan

pun sama kami tiba cherating hari dah nak malam di cherating kami menginap di KR Swiss Residence Rm358 semalam.

Apartment yang selesa berbaloi dengan harganya .

Taman tema swiss residence resort.

Aktiviti kami disini selain mandi manda di taman tema menaiki ATV dipersisiran pantai cherating ( Rm50 untuk setengah jam)

Matlamat along tercapai nak naik ATV
check out time

Cherating merupakan destinasi Jelajah pantai Timur kami yang terakhir , kami bergerak pulang kerumah kami di Kajang .

hari sabtu ada jemputan perkahwinan dan open house anak saudara .

Pada hari Ahad kami pulang ke Ipoh our home sweet Home.

sebelum balik memenuhi permintaan si Along menjamu selera di Restoren Cheff wan salah seorang Idola dia katanya ikutkan je la.

Muka teruja siAlong
muka puas hati dapat makan di restoren cheff wan( nasib portion nya banyak boleh la komgsi- kongsi merasa sikit sorang)

Alhamdulillah tamat sudah jelajah raya 2023 .raya 2022 yang lepas kami ke Pulau pinang day Trip sahaja .

trip kali ini lama sikit .

cuti – cuti raya dah habis masa untuk anje back to school

Terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki darimu..

Terima kasih En suami sebab belanja ibu dan anak – anak

tahun depan kita jalan lagi yer .

#JelajahRaya2023

#ShakleeBusinessLeader

#BebasMasaBebasKewangan


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge