Kurus dengan cepat malahan gaya hidup sihat jadi idaman. Setiap orang ada kisahnya yang tersendiri , ada kisah sedih ada kisah gembira ada kisah yang menyentuh hati.
kali ni diruangan penulisan dari hati Kak Tim nak cerita tentang kisah Kak Tim satu ketika dahulu yang mungkin boleh jadi inspirasi pada lebih ramai sahabat kak Tim yang menghadapi masalah yang sama macam kak Tim.
Seperti yang korang lihat gambar ni kak Tim ambil pada tahun 2018
Dengan ketinggian kak Tim 153 cm , berat 83 kg memang kategori Obesiti

Akibat dari berat berlebihan pada usia 38 tahun kak Tim dah mula makan ubat darah tinggi.
Pada usia 40 tahun kak Tim mengalami masalah ketidakseimbangan hormon
period tak teratur dan heavy flow .
Sehingga Kak Tim terpaksa berjumpa dengan pakar sakit puan .
Dan Salah satu punca ketidakseimbangan hormon adalah obesiti.
Doktor nasihatkan Kak Tim turunkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Maka bermula dari detik itulah Kak Tim mengubah cara hidup kak Tim .
Sehinggalah kak Tim berjaya menurunkan berat badan dari angka 83kg kepada angka 63 kg dalam masa 8 bulan alhamdulillah semua pun dengan izin Allah.
Untuk kurus dengan cepat kita mesti ikut cara yang betul jika tidak akan memudaratkan kesihatan.
Menurut Pegawai pemakanan sukan Program FitMalaysia X, Noor Kamsina Aziz berkata kadar penurunan berat badan yang ideal adalah antara 500 gram (g) hingga 1 kilogram (kg) sahaja dalam tempoh seminggu.
Jelasnya, jika kadar penurunan berat badan berlaku secara mendadak sehingga 2kg setiap minggu, ia dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan menurunkan kadar metabolisme badan.
Bukan mudah sebenarnya untuk turunkan berat badan , tapi kalau ikut cara yang betul insyaallah lemak berlebihan itu boleh dibuang dan masalah kesihatan boleh diatasi..
Alhamdulillah rezeki Kak Tim dipertemukan dengan satu program untuk kembali kurus daan sihat iaitu program jom detox yang diperkenalkan oleh pakar nutrisi shaklee .

Berat 63 kg
Dalam program jom detox ini kak Tim diajar ubah cara hidup 360 darjah.
Dari gaya hidup yang kurang sihat kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Dalam program jom detox yang kak Tim sertai kak Tim diajar tentang mengekalkan healthy habit atau pun tabiat sihat yang patut dijadikan amalan seharian kehidupan .
Antara healthy habit atau tabiat hidup sihat yang perlu diubah dan dijadikan amalan kehidupan kita :-
- Tingkatkan pengambilan air yang mencukupi mengikut berat dan keperluan badan untuk kurus dengan cepat

Air merupakan Elemen penting untuk kita kekal hidrasi tubuh dan merupakan agen detoksifikasi yang utama .
kekurangan air boleh menyebabkan proses penurunan berat badan terganggu ini kerana tubuh yang bertoksik amat sukar untuk proses penurunan berat badan.
Ramai tau yang tak suka minum air kosong dan susah sangat nak habis kan walaupun 500 mls sehari.
Disini kak Tim kongsikan :-
Tips untuk minum air kosong
Selepas bangun tidur
Sebaik sahaja bangun tidur setiap hari, minumlah 250ml air putih ketika perut anda masih kosong. Ia baik untuk menyingkirkan toksin dari badan sepanjang anda tidur malam.
Malah, minum air putih ketika perut kosong juga dapat meningkatkan metabolisme badan untuk menyerap nutrisi dan membantu sistem pencernaan yang baik.
Sejam sebelum sarapan
Ambillah air putih sebanyak 250-500ml sekitar satu jam sebelum anda ingin bersarapan. Ia akan membantu menyediakan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi dari makanan yang anda akan makan.
Selepas minum teh atau kopi
Selepas sahaja anda habis minum secawan teh atau kopi, segeralah minum air putih segelas.
Kopi dan teh bersifat diuretik di mana ia akan membuatkan anda ingin terus membuang air kecil.
Bagi mengelakkan badan anda dehidrasi akibat kencing yang kerap, pengambilan air putih akan menggantikan jumlah cecair dalam badan anda yang telah keluar.
30 minit sebelum makan
Anda juga digalakkan untuk minum air putih paling kurang dua gelas 30 minit sebelum makan sama ada makan tengah hari atau malam.
Ini akan membantu anda rasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan anda akan berkurangan.
Bukan itu sahaja, minum sebelum makan akan melembapkan lapisan perut, selain membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa anda makan.
Ketika rasa lapar
Apabila perut anda rasa lapar dan anda ingin mengunyah sesuatu, ajar diri anda untuk minum segelas air. Air putih akan membuatkan perut anda rasa lebih kenyang sehingga anda tidak terasa untuk makan atau mengunyah.
Sebelum bersukan
Sebelum melakukan apa jua sukan, anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh anda terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih lancar.
Selepas bersenam
Selepas bersenam, pasti anda rasa dahaga kerana peluh banyak keluar. Jadi minumlah banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
Jumlah air yang anda minum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar anda ketika itu.
Namun jangan tergesa-gesa minum air kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kekejangan pada perut
2 jam sebelum tidur malam
Dua jam sebelum tidur, minumlah air putih sebanyak 300-600ml bagi memulihkan tenaga yang telah hilang daripada aktiviti seharian anda.
Malah minum air putih juga akan membantu meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.
Minum 4 liter sehari
Ketika anda membuat proses diet, minumlah sekitar 4 liter air putih sehari atau minum ikut berat badan seperti dalam jadual.
Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh, selain mempercepatkan lagi berat anda turun.
Lakukan detoks air
Detoks air merupakan diet air yang berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat.
Campurkan air putih dengan hirisan lemon atau buah-buahan lain membuatkan anda kekal segar dan sihat dengan detoks daripada bahan-bahan semula jadi ini.
Air detok ini sesuai untuk yang suka minm air berperisa tapi versi sihat maknanya takde campuran gula.
2. Tukar tabiat minum air kurang sihat kepada air yang lebih sihat untuk kurus dengan cepat
kurangkan atau buang terus tabiat minum air bergula dan berperisa
tukar kepada air kosong atau air tanpa gula.
ini kerana minuman bergula mempunyai nilai kalori yang tinggi berbanding air kosong.
kalau nak minum air panas waktu pagi boleh bertukar kepada teh sihat seperti green tea.
nak juga minum air berperisa minum la jus buah- buahan tanpa gula ataupuntukar gula tebu kepada gula sihat seperti lakanto , stevia dan monk sugar.
Air minuman rutin pagi kak Tim – cinch tea

3.Kurangkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat untuk kurus dengan cepat
kalau biasa makan nasi satu pinggan kurangkan kepada suku pinggan .
lebihkan pengambilan sayur – sayuran dan buahan – buahan.
diet suku- suku separuh boleh dijadikan amalan.
suku nasi , suku protein seperti ikan , telur , ayam dan daging dan separuh pinggan adalah sayuran dan buah-buahan.
Jika nakkan kesan yang lebih cepat nasi boleh ditukar kepada nasi beras perang dan preboiled .
Diet suku -suku separuh

4. kurangkan pengambilan makanan berproses ( process food) untuk kurus dengan cepat
Peminat makanan segera kalau nak kurus dengan cepat dan sihat elak – elakkan la makan segera ni ( fast food )
Mee maggi , nugget , sosej,pizza, burger semua ni makanan segera yang tinggi kandungan garam dan msg.
makanan yang mengandungi msg ni mempunyai kandungan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan keradangan pada tubuh.
keradangan ini yang melambatkan proses penurunan berat badan.
dan kita berisiko mendapat tekanan darah tinggi sekiranya ia dijadikan amalan pemakanan harian kita.
terbaiknya tukar kepada makan yang lebih sihat
lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan
tukar snek tak sihat kepada snek yang lebih sihat seperti kekacang seperti badam , walnut dan hazel yang semulajadi tanpa pengawet.
5. Kurangkan makan makanan manis jika nak kurus dengan cepat.
Peminat desert and pastry terutamanya, hati – hati yer jangan makan berlebihan kalau dulu makan 2-3 ketul kurangkan kepada seketul sahaja.
Ingat satu perkara ni kita makan untuk hidup bukan kita hidup untuk makan.
Yang boleh kawal masalah craving ini adalah diri kita sendiri.
Makan tu boleh tapi biarlah berpada – pada .
Selain dari mengekalkan healthy habit /tabiat sihat , program detox juga menggalakkan kak Tim melakukan senaman .
Bersenam untuk kurus dengan lebih cepat
Dengan bersenaman kita akan berpeluh dan salah satu cara detoksifikasi tubuh adalah melalui perpeluhan.
Senaman membantu 20% penurunan berat badan .
kita disarankan bersenam setiap hari sekurang- kurangnya 45 minit hingga 1jam sehari atau brisk walk at least 6000 step sehari untuk kesihatan jantung.
Apabila jantung sihat peredaran darah dalam tubuh kita akan lancar dan konsentrasi oksigen meningkat .
konsentrasi oksigen yang bagus membantu pembakaran lemak.
kalau kita konsisten bersenam insyaallah boleh membantu kita kurus dengan cepat.

6. Kurus dengan sihat dengan mengamalkan set kurus shaklee
Bila sebut shaklee sudah tentunya pakar nutrisi menekankan pengambilan vitamin antioksidan untuk bantu penurunan yang cepat dan sihat.
Pakar nutrisi dan para saintis shaklee telah buat kajian untuk penurunan berat badan yang sihat pengambilan vitamin amat – amat membantu .
Ini kerana tubuh kita terdedah dengan pelbagai jenis radikal bebas yang menganggu fungsi dalaman tubuh kita .
dengan mengamalkan supplement antioksidan yang baik insyaallah boleh mengurangkan paras toksik pada organ dalaman kita.
sepanjang program dan hingga kini Kak Tim masih setia mengamalkan set kurus shaklee

7.Tidur yang cukup dan berkualiti membantu kurus dengan cepat
Selain dari jaga pemakanan , senaman dan pengambilan vitamin sihat
tidur yang berkualiti juga membantu penurunan berat badan dengan lebih cepat
tidur yang berkualiti sekurang – kurang nya 6-8 jam sehari.
8 .Elak “stress” untuk kurus dengan cepat.
stress salah satu punca ramai sakit dan jadi obes , macam kak Tim sendiri kalau stress berat memang susah sangat nak turun dan kak Tim ada satu habit yang buruk bila stress kak Tim suka cari makanan .
sapa ada habit buruk macam kak Tim kena banyakkan bertenang dan beristighfar jangan ikutkan sangat emosi tu.
cuba kawal dengan perbanyakkan istighfar dan cari aktiviti yang menenangkan.

Bila dah berjaya kurus bukan sahaja kesihatan kita bertambah baik dengan tiba- tiba je kita jadi cantik macam zaman remaja tak gitu.
Okay itu sahaja serba sedikit kisah kak Tim kembali kurus dengan cepat malahan kesihatan kembali baik, moga dengan tips yang Kak Tim kongsikan dapat membantu sahabat- sahabat kak Tim diluar sana.
sehinnga kini Kak Tim masih lagi berjuang untuk terus kekalkan berat badan yang sihat.
45 series berat macam yoyo kan kejap turun kejap naik tapi insyaallah dengan adanya ilmu walaupun kita tersasar kita akan kembali kepangkal jalan.
Jom kita kurus dengan cepat dan sihat sama-sama
Nak dapatkan info kurus cara sihat dan cepat.
Boleh hubungi kak Tim
0125197428 ( CoachDetoxIF)
#ProjekMegaBlogShaklee
#ShakleeThrive
#ShakleeTriumph
Leave a Reply